Monday, July 13, 2009

PEMUDA UMNO - RAKAN PEMBELA RAKYAT

(Kenyataan akhbar saya pada 11 April yang lalu. Saya merasa amat bangga apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia KPPUM Saudara Khairy Jamaluddin memberikan sepenuh masa dan komitmen bersama rakyat dalam pilihanraya Manek Urai pada kali ini. Dengan tiadanya jawatan di peringkat kabinet memberikan ruang dan peluang kepada KPUM untuk mendampingi rakyat... fahami isi hati mereka. tahniah KJ)

Khairy jadi pengimbang di luar Kabinet

TENOM: Kedudukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di luar kabinet negara, dapat memberi ruang kepada Khairy untuk memainkan peranan yang lebih penting bagi mengukuhkan parti dan bertindak sebagai “check and balance” kepada pentadbiran negara.

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata pihaknya bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak melibatkan Khairy di dalam kabinet yang baru mengangkat sumpah.

“Begitupun, barisan kebinet baru tetap mendapat sokongan kepimpinan pergerakan pemuda sebagai barisan Mesra Rakyat yang pasti mampu mengharungi pelbagai cabaran masa kini khususnya krisis ekonomi global,” kata Jamawi yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom.

Ketika meraikan kemenangan beliau sebagai exco pada Jumaat, di hadapan kira-kira 200 ahli parti itu beserta anggota-anggota komponen Barisan Nasional (BN), Jamawi berkata: “Konsep Key Performance Index (KPI) yang digunakan pakai oleh Perdana Menteri mampu menjadi kaedah yang berkesan bagi barisan kabinet baru untuk sentiasa mencapai prestasi yang cemerlang di dalam mengurus tadbir negara”.

Jamawi juga menyifatkan falsafah kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri baru berada pada posisi yang berkesan untuk mewujudkan “One Malaysia” dengan mendahulukan kepentingan rakyat serta pencapaian pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara.

“Kita tidak mahu ada ruang bagi pembangkang untuk menegur kelemahan kerajaan BN dan kita juga tidak mahu ada rakyat menggunakan pembangkang untuk mengkritik kita kerana bosan dengan sikap kita yang tidak berubah. Gejala inilah yang perlu dihapuskan kerana menjatuhkan imej BN,” jelas Jamawi.

Sambil menyifatkan kemenangannya sebagai pengiktirafan terhadap peranan Umno di pedalaman, Jamawi juga tidak melihat kemenangan itu sebagai satu kebanggaan diri melainkan tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di pedalaman untuk perhatian kerajaan pusat.

“Saya berjanji dihadapan hadirin semua…bahawa saya tidak akan mensia siakan tanggung jawab saya kepada rakyat khususnya golongan pemuda…tidak kira sama ada dia dari UMNO, atau MCA, UPKO, PBS. PBRS. LDP dan Gerakan…saya akan layan semua,” tegas beliau.

Sementara itu, Jamawi menjelaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO disini telah pun menubuhkan satu unit khidmat masyarakat yang kini sudah pun bermula beberapa bulan lalu, dimana sebuah kenderaan telah pun disediakan untuk beroperasi 24 jam bagi memenuhi kehendak awam.

Beliau berkata, antara khidmat masyarakat yang ditawarkan adalah bagi perkhidmatan sosial terutamanya penghantaran pesakit tenat untuk rawatan ke hospital, yang bukan sahaja tertumpu kepada ahli ahli UMNO tetapi kepada pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan. pemuda

2 comments:

  1. Salam tahniah bosku, teruskannnnn

    ReplyDelete
  2. Salam, cuba tgok ini!
    http://ustazsaid.blogspot.com/2009/07/imam-sabah-sertai-dap.html

    ReplyDelete