Monday, July 13, 2009

PERLUKAH KITA BERDAILOG? Dengar dan fahami masalah rakyat.

JAMAWI GESA RUNDINGAN MEJA BULAT? PDF Print E-mail
Written by Admin
Sunday, 19 April 2009 12:19

Oleh: MAIL MATHEW

Para pemimpin masyarakat Cina khususnya para pekedai termasuklah Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) digesa agar mengadakan majlis dialog bersama wakil-wakil rakyat disini yang turut menjemput ketua-ketua jabatan yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air, Jabatan Kesihatan dan Polis untuk membincangkan pelbagai permasalahan tertunggak.
Gesaan tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Belia Tenom, Jamawi Jaafar, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah disini, ketika majlis tidak rasmi ‘meja bulat’ anjuran pemimpin pemimpin dan peniaga masyarakat Cina disini pada Sabtu.

“Dengan adanya dialog tersebut, maka pihak pihak terbabit boleh meluahkan pandangan dan cadangan mereka kepada wakil rakyat serta terus mendapat jawapan seterusnya perhatian oleh ketua jabatan tertentu secara spontan supaya tindakan wajar dapat dilakukan,” jelas beliau.

Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat dan Ketua Pemuda UMNO disini seterusnya berkata, rakyat pelbagai lapisan masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyuarakan pelbagai masalah ketidak seimbangan hak dalam kerajaan.

“Adalah kerana trend kepimpinan sekarang dibawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih mengutamakan gaya kepimpinan yang bermusyawarah (discussion) bercirikan konsep ‘one Malaysia’ yang berteraskan Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan,” tambahnya lagi.


Bagaimanapun Jamawi turut menolak persepsi sesetengah pihak yang menuding jari kepada wakil wakil rakyat kononnya lembab bertindak mengatasi masalah disini sebagai tidak benar, kerana mereka telah pun melaksanakan tanggung jawab mereka dengan betul tetapi kelewatan mungkin berada dipihak lain.

Sementara itu, Pengerusi JKDB Kapitan Liew Foh Sin menjelaskan bahawa pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan berhubung pelbagai masalah pembangunan terutamanya yang melibatkan masalah infrastruktur dikawasan pekan, namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan oleh pihak tertentu.

Liew yang telah berkhidmat selaku Pengerusi JKDB selama dua penggal (10 tahun) bagaimanapun menolak dakwaan yang menuduh beliau lembab, malah JKDB disitu telah pun mengadakan beberapa siri mesyuarat, namun hasilnya tiada tindakbalas positif dari kerajaan.

Majlis tidak rasmi ‘ meja bulat’ diilhamkan oleh beberapa pemimpin masyarakat Cina terdiri daripada beberapa Ketua Masyarakat Cina, ahli ahli perniagaan dan pekedai pekedai Cina disini dalam usaha untuk menyalurkan beberapa pandangan serta rungutan mereka kepada kerajaan.

Majlis itu juga sebahagian daripada usaha menyahut saranan Perdana Menteri yang menuntut para pemimpin khususnya wakil rakyat ‘turun padang’ mendekati golongan akar umbi untuk mendapatkan maklmat yang tepat berhubung masalah yang tidak sampai ke pengetahuan kerajaan.

No comments:

Post a Comment