Oleh: MAIL MATHEW
Proses pemilihan UMNO di seluruh Negara akan datang mungkin diadakan secara serentak sama seperti proses pilihanraya umum (pru) oleh Suruhanjaya piliharaya (SPR) jika deraf pindaan perlembagaan UMNO yang sedang berjalan lancar ketika ini mendapat penerimaan daripada ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi UMNO untuk diluluskan dalam persidangan khas UMNO dalam masa terdekat ini. Ketua Pergerakan UMNO Negeri Sabah, Azman Haji Roslan berkata demikian di hadapan kira kira 200 perwakilan dan pemerhati ketika merasmikan persidangan berkelompok tiga buah cawangan Pergerakan Pemuda UMNO di Tenom, bertempat di Balairaya Jawa Sumbiling pagi tadi.
Hadir sama di majlis itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat Jamawi Jaafar, Sabili Ahunang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, ketua-ketua cawangan UMNO zon Melalap iaitu cawangan Kampung Jawa, Kampung Melalap Dua dan Kampung Ulu Sumbiling.
Azman seterusnya berkata, semua peringkat pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri sendiri tidak terkecuali daripada mematuhi dasar yang telah digariskan oleh kepimpinan UMNO untuk menuntut mereka turun padang bagi mendekati rakyat dan melihat keadaan rakyat serta bermesra dengan mereka.
Beliau menambah, bagi mempastikan dasar itu dipatuhi dan berkesan dapat mengukuhkan parti, pemuda UMNO telah merangka lima teras seperti Pemimpin Pemuda yang berprinsip, Pemimpin Pemuda yang proaktif, Pemuda terus relevan, melihat pemuda ‘enclusive’ dan teras bersatu.
“ Saya menyeru kepada pemuda UMNO di sini agar terus mengaplikasikan teras ini di peringkat akar umbi…di mana pengurusan cawangan cawangan perlu juga menyimpan data sebagai penanda aras kekuatan parti,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Azman turut menyeru kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan supaya melibatkan kepimpinan pergerakan pemuda parti parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ada di situ agar kekuatan jentera BN terus mantap dalam menghadapi PRU ke-13. |
No comments:
Post a Comment