Monday, July 13, 2009

SESUAIKAH KAMPUNG BUDAYA DIWUJUDKAN DITENOM??

Pemuda UMNO Tenom cadangkan perkampongan budaya dibina diTenom

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Persekutuan Jamawi Jaafar (gambar) menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin baru baru ini untuk membina satu lagi perkampongan budaya dinegeri ini dan beliau mengharapkan agar tapak pembinaan itu akan dibina didaerah disini untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke pedalaman khususnya daerah Tenom.

Katanya, perkampongan budaya sepertimana yang telah wujud dinegeri Sarawak beberapa tahun dahulu, mempunyai impak yang baik dari aspek pelancongan kerana tertarik dengan pelbagai pameran seperti seniukiran kraftangan dan keunikan senibudaya yang terdapat disitu.

Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom berkata demikian kepada Harian Ekspress ketika menghadiri perasmian mesyuarat berkelompok Pergerakan Pemuda UMNO bertempat di Balairaya Kg Jawa Sumbiling kira kira 16km dari pekan disini pada Sabtu.

“ Kita mahu perkampongan budaya itu dibina disini kerana kawasan pedalaman amat sesuai dimana lingkaran jalanraya yang boleh dilalui antara Sarawak melalui Sipitang ke Kemabong ke Tenom, Keningau, ke Sandakan atau dari Keningau ke Tawau,” jelas beliau.

“ Selain itu, terdapat juga frasarana pelancongan yang tersedia seperti Taman Pertanian Lagud Sebrang, Pusat Kebudayaan Murut dan banyak lagi pusat pusat riadah, seperti white water rafting Pangi dan Air terjun ulu Kalang,” jelas beliau.

Jamawi seterusnya berkata, kawasan dipedalaman termasuk daerah Tenom dan Kemabong banyak bergantung kepada sektor pelancongan untuk melonjakkan ekonomi disini khususnya sektor perhotelan dan restoran.

“ Kita tiada pilihan dalam menyelamatkan pusingan ekonomi daerah ini, selain menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat disini…kalau tidak para peniaga terus terhimpit oleh masalah kegawatan yang semakin meruncingkan,” tambah beliau.

Beliau mengakui bahawa keadaan ekonomi global semakin menokok, dimana impaknya sudah dirasai dikawasan Asia yang kini mula menular dinegara Negara kecil Asia Tenggara termasuk Malaysia, namun Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pemimpin yang berwibawa. dalam menyanggah tempias gawat yang semakin teruk.

No comments:

Post a Comment