SANDAKAN: Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar Berkata, amatlah penting bagi rakyat khususnya golongan muda di kawasan Parlimen Batu Sapi memilih Barisan
Nasional sebagai wadah perjuangan mereka pada pilihanraya kecil kali ini.
Katanya, BN tidak pernah meminggirkan kepentingan golongan muda dalam wadah perjuangannya bagi mempastikan golongan ini mendapat pembelaan dan manafaat dalam tranformasi pembangunan Negara yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini. Menurut beliau apa yang diperjuangan oleh Pemuda dalam Makmal Pemuda BN yang diadakan baru baru ini telah mendapat perhatian sewajarnya dari kerajaan melalui bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak baru baru ini.
"Dalam hubungan ini saya percaya pengundi muda pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang yang hanya datang secara bermusim tanpa mempunyai hala tuju yang jelas dalam memperjuangkan masa depan golongan muda ” katanya ketika ditemui disini pagi kemarin semasa mengadakan beberapa kempen di bebarapa buah kampung di kawasan Batu Sapi. Menurut beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom dalam Bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan BN baru baru ini pelbagai inisiatif serta kemudahan turut diberikan perhatian oleh kerajaan BN antaranya skim pemilikan rumah untuk golongan muda, program program latihan bagi memberikan pelbagai
kemahiran kepada golongan muda dan tidak kurang pentingnya program memperkasakan sektor pendidikan.
“ Umum mengetuhai Bandar Sandakan akan menjadi Hub Pendidikan dimana kemudahan ini membuktikan kerajaan BN serius dan Komited untuk memperkasakan golongan muda melalui pembangunan sumber manusia” katanya Sehubungan dengan itu Jamawi berkata Pergerakan Pemuda UMNO dan BN akan terus memberi tumpuan terhadap penganjuran program yang memberi 'dividen politik' kepada Barisan Nasional (BN) bukan sahaja semasa pilihnaraya kecil kali ini namun ianya akan digerakkan secara beterusan sebagai satu usaha untuk menyediakan pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda perjuangan bangsa,agama dan Negara pada masa akan datang “
Pengundi muda khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi kali ini perlu bertekad dan berazam bagi memberikan sokongan padu kepada calon BN Datin Lina Tsen Thau Lin agar masa depan rakyat khususnya golongan muda lebih terbela melalui pelbagai dasar dan program yang disediakan oleh kerajaan BN” tambah Jamawi.

No comments:
Post a Comment