Wednesday, December 15, 2010

KETUA PEMUDA UMNO TENOM PENERIMA ANUGERAH KHALID AL-WALID


TENOM : Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar merupakan salah seorang penerima anugerah khas sempena Sambutan Maal Hijrah Rasul Peringkat Daerah yang diadakan di Dewan Masyarakat Sri Antenom kemarin

Jamawi 36 , menerima anugerah bagi kategori Khalid Al-Walid dengan menerima sijil penghargaan berserta wang tunai dimana anugerah ini buat julung kalinya pernah dianugrehkan kepada pemimpin belia di daerah tersebut

Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi yang hadir untuk menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul itu, berkenan menyampaikan anugerah kepada kesemua penerima dimana ianya turut disaksikan oleh Pegawai Daerah Tenom Siriman MF Basir

Sementara itu, Jamawi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ketika ditemui pemberita berkata, anugerah itu satu pengiktirafan paling bermakna pernah diterimanya sepanjang penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya dalam bidang politik .

Beliau yang memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom pada tahun 2008 dan jawatan kemudiannya jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada Mac 2009 berkata, anugerah itu juga menjadi pembakar semangat untuk dirinya bekerja lebih gigih dalam melestarikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin pemuda dalam menjana dan melahirkan modal insan yang berkuaiti dari segi sikap,minda dan juga rohaninya melalui penglibatannya dalam badan badan NGO Islam dan juga pertubuhan politik

''Saya akan terus berkhidmat dan membantu menaikkan imej pemuda khususnya masyarakat Islam di daerah ini yang saya anggap sebagai satu amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas bersama dalam merealisasikan wawasan kepimpinan Negara dan Negeri khususnya dalam menjana model Insan yang berkualiti dan bemanafaat untuk kepentingan pembangunan Negara “ katanya

Beliau yang mendapat pendidikan awal Sk Jawa Sumbiling Tenom dan terakhir di Unversiti Pertanian Malaysia (UPM) dengan memperolehi bachelor Sains Pertanian sebelum ini merupakan seorang pegawai kerajaan dan meletakkan jawatan untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan selepas itu menceburi bidang politik

Sebaik sahaja melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang Politik Pegawai Khas Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap program program kepartian namun turut mengambil beberapa pendekatan melalui flatfrom parti dan Badan NGO yang dianggotainya dengan menganjurkan beberapa program yang dapat memberikan manafaat kepada golongan muda khususnya masyarakat umum dalam bidang pendidikan,agama,sosial dan ekonomi
.
''Saya amat terharu dipilih menerima anugerah ini. Saya akan terus berjuang untuk mendedahkan kepada umat Islam tentang kelebihan perlunya penerapan budaya ilmu baik dalam bidang akademik dan juga ilmu agama " kata beliau.

1 comment:

  1. Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












    Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE


    ReplyDelete