Saturday, October 16, 2010

GOLONGAN MUDA TIDAK DIPINGGIRKAN DALAM BAJET 2011


SANDAKAN: Pergerakan Pemuda Umno menyembut baik bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak semalam yang disifatkan sebagai bajet prihatin dan peka terhadap keperluan golongan muda di negara ini.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, sekurang-kurangnya ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan semasa Makmal Pergerakan Pemuda BN sebelum ini diambil perhatian oleh Perdana Menteri dan dilestarikan dalam kandongan Bajet 2011.

“ Sebagai golongan muda kita perlu berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan dalam Bajet 2011 kali ini, dimana apa yang kita perjuangan dan cadangkan sebelum ini semasa Makmal pergerakan pemuda BN telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan dalam bajet kali ini” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat jentera pemuda BN bagi menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan kemarin yang dipengerusikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda BN Sabah Azman Haji Roslan.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata demikian ketika diminta mengulas Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan di Parlimen pada petang jumaat lepas.

Menurut Jamawi antara perkara yang dibangkitkan semasa Makmal Pemuda BN baru baru yang diambil perhatian dan turut dimasukkan dalam bajet 2011 termasuklah skim rumah pertamaku untuk golongan muda, skim latihan industri untuk golongan muda tingkatkan kemahiran, konsulatnsi gaji dan juga bantuan untuk pemuda melaksanakan program 1 Malaysia.

“ Ternyata kehendak serta keperluan pemuda dalam menjana kemajuan dan kemakmuran negara untuk menjadi Negara maju tidak dipinggirkan oleh kerajaan justeru golongan muda bukan sahaja perlu menghargai keprihatinan kerajaan ini namun perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka seharian terutamanya dalam bidang bidang yang boleh menjana taraf siso ekonomi mereka” katanya.

Sementara itu Ketua Belia (USIA) pusat Abdul Hakim Ghulam Hassan(gambar ) ketika dihubungi dan diminta mengulas bajet 2011 turut mengalu-alukan keprihatinan kerajaan meperkasakan model insan dalam bajet 2011.

Katanya, kenaikan gaji dan elauan guru KAFA sebanyak RM800 dan elaun imam RM750 merupakan satu penghargaan terhadap golongan tersebut yang turut memainkan peranan bagi memperkasakan modal insan melalui pendidikan agama sebagai mengimbangi ledakan kemajuan ekoran kepesatan pembangunan yang akan berlaku ketika negara melonjak ke hadapan enjadi Negara maju menjelang tahun 2010.

Menurut beliau kesediaan kerajaan untuk membiayai bantuan per kapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta juga mencerminkan kerajaan turut memberikan keutamaan terhadap pendidikan agama disamping pendidikan akademik.

“ Kita juga berharap kerajaan negeri akan mengambil langkah susulan untuk mengkaji serta menaikkan kadar elauan imam dan guru agama di negeri ini yang dibayai oleh kerajaan negeri agar ianya kadarnya seimbang dengan kadar yang disediakan oleh kerajaan pusat dan ini sudah pesti akan memberikan suntikan mitovasi kepada golongan ini untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka” tambah Abdul Hakim.

No comments:

Post a Comment