Monday, October 11, 2010

Usaha Secara Kolektif Jana Kecemerlangan Pendidikan


TENOM : Kecemerlangan pendidikan anak-anak bukan sahaja tanggungjawab sekolah atau guru, tetapi ibu bapa sendiri perlu memainkan peranan demi menentukan tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar, berkata institusi pendidikan merupakan kepentingan awam yang sangat penting dalam pembangunan negara dan umah

Katanya, ibu bapa melalui Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh memainkan peranan yang lebih efektif untuk menjana kemajuan serta kecemerlangan pendidikan di setiap sekolah di negeri ini.

“Keakraban serta semangat berkerja berpasukan antara pihak sekolah dan PIBG amat penting dalam menjayakan agenda kecemerlangan mutu pendidikan anak-anak di sekolah di mana perancangan serta stretegi perlu diberikan tumpuan khusus untuk menjayakanya secara kolektif,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Miotovasi bagi pelajar yang menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM di Dewan SMK Tenom dekat sini.

Lebih dari 300 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR SPM dan STPM di daerah tersebut termasuk guru-guru hadir ke majlis tersebut dimana pada masa yang sama Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom turut menyampaikan sumbangan Yayasan Pendidikan Mara untuk program score A bagi pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM tahun ini di daerah Tenom

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap semua pihak termasuk ibubapa perlu memberikan tumpuan untuk menjana pendidikan yang berkualiti dan cemerlang perlu dilihat sebagai wahana bagi membangunkan generasi alaf baru di dalam era globalisasi

“Sistem pendidikan negara memerlukan usaha usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran cararan abad ke 21” katanya

Sumber: Malaysianview

No comments:

Post a Comment