PEMUDA TENOM TERUS TURUN PADANG
Kejadian kebakaran yang menimpa bangunan asrama Sekolah Menangah Kebangsaan Thung Shin Tenom baru-baru ini mendapat perhatian dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar bersama rombongan baru baru ini turut meluangkan masa untuk meninjau tempat kejadian.
Disamping melahirkan rasa simpati terutamanya kepada para pelajar yang
tinggal di bangunan tersebut Jamawi yang juga Exco pergerakan Pemuda Umno Malaysia turut menyampaikan sumbangan Pergerakan Pemuda Umno Tenom kepada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah tersebut bagi membantu meringankan beban agar bangunan tersebut dapat diperbaiki segara.
Menurut Jamawi bangunan tersebut perlu diperbaiki segara kerana ianya merupakan kemudahan bagi para pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan terpaksa tinggal di Asrama untuk meneruskan pembelajaran merekaseharian. Beliau juga berharap kerajaan sedia membantu untuk memperbaiki bangunan asrama tersebut kerana ianya merupakan kemudahan asas yang amat diperlukan oleh para pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut
No comments:
Post a Comment