Wednesday, October 21, 2009
Pemuda UMNO Tenom Mendekati Masyarakat
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Para Imam Masjid dan Surau dikawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemabong dan Melalap seramai 30 orang diingatkan agar terus memainkan peranan bagi mempastikan fizikal bangunan Masjid dan Surau terus terpelihara malah jika berlaku sedikit kerosakan boleh dilakukan secara bergotong royong.
Gesaan itu dibuat Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat Jamawi Jaafar ketika mengadakan perjumpaan khas dengan Imam Imam Masjid dan Surau di Bilik Mesyuarat Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Tenom pada Khamis.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disini merangkap Pengerusi Biro Agama turut menyampaikan buku Yassin dan buah Kurma kepada setiap Masjid dan Surau sempena menjelangnya bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi.
Jamawi yang akan berangkat ke tanah suci Mekkah untuk mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan bersama keluarga dalam beberapa hari lagi turut mengingatkan Jawatankuasa Biro Agama agar berkerjasama dengan para Imam dalam mengatur sesi lawatan dan berjemaah di Masjid Masjid dan Surau disekitar kawasan Parlimen Tenom ketika dimusim Ramadhan kelak.
Beliau turut menerima beberapa pertanyaan secara berdailog dengan para Imam yang antara lain meminta Biro itu mengambil langkah langkah positif menangani masalah pewartaan tanah wakaf perkuburan orang Islam dikawasan Kemabong khususnya dikawasan Tomani, Kemabong dan Kapulu.
Bagaimana pun kata Jamawi, urusan pewartaan tanah wakaf perkuburan orang Islam pihak beliau akan mengutus surat kepada JHEAINS untuk melaksanakan tanggung jawab tersebut.
Sungguh pun begitu tambah Jamawi lagi, para Imam juga harus memberi kerjasama kepada JHEAINS dari segi urusan tersebut untuk melicinkan lagi penguirusan.
“ Sebelum itu kita juga menghadapi masalah tanah wakaf perkuburan Islam di Kg Bamban tetapi semuanya telah selesai dimana masalah tersebut hanya melibatkan jalanraya yang melintasi rumah rumah perkampongan,” jelas Jamawi.
“ Jadi…setakat ini jika ada masalah kita boleh gunakan tanah perkuburan Islam di Kg Bamban kalau pun tanah perkuburan Islam di kawasan ulu Kemabong belum selesai,” tambah Jamawi lagi.
Bagi Masjid Masjid dan Surau yang memerlukan pembaikan kerana kedaifan Jamawi berkata, beliau akan berusaha untuk mengajukan perkara tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.Ends///..
nuffnang_bid = "a92d4c7f3eed69b2b87d6ace0d5f2dc5";
Pemuda UMNO Tenom Mendekati Masyarakat
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Para Imam Masjid dan Surau dikawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemabong dan Melalap seramai 30 orang diingatkan agar terus memainkan peranan bagi mempastikan fizikal bangunan Masjid dan Surau terus terpelihara malah jika berlaku sedikit kerosakan boleh dilakukan secara bergotong royong.
Gesaan itu dibuat Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat Jamawi Jaafar ketika mengadakan perjumpaan khas dengan Imam Imam Masjid dan Surau di Bilik Mesyuarat Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Tenom pada Khamis.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disini merangkap Pengerusi Biro Agama turut menyampaikan buku Yassin dan buah Kurma kepada setiap Masjid dan Surau sempena menjelangnya bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi.
Jamawi yang akan berangkat ke tanah suci Mekkah untuk mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan bersama keluarga dalam beberapa hari lagi turut mengingatkan Jawatankuasa Biro Agama agar berkerjasama dengan para Imam dalam mengatur sesi lawatan dan berjemaah di Masjid Masjid dan Surau disekitar kawasan Parlimen Tenom ketika dimusim Ramadhan kelak.
Beliau turut menerima beberapa pertanyaan secara berdailog dengan para Imam yang antara lain meminta Biro itu mengambil langkah langkah positif menangani masalah pewartaan tanah wakaf perkuburan orang Islam dikawasan Kemabong khususnya dikawasan Tomani, Kemabong dan Kapulu.
Bagaimana pun kata Jamawi, urusan pewartaan tanah wakaf perkuburan orang Islam pihak beliau akan mengutus surat kepada JHEAINS untuk melaksanakan tanggung jawab tersebut.
Sungguh pun begitu tambah Jamawi lagi, para Imam juga harus memberi kerjasama kepada JHEAINS dari segi urusan tersebut untuk melicinkan lagi penguirusan.
“ Sebelum itu kita juga menghadapi masalah tanah wakaf perkuburan Islam di Kg Bamban tetapi semuanya telah selesai dimana masalah tersebut hanya melibatkan jalanraya yang melintasi rumah rumah perkampongan,” jelas Jamawi.
“ Jadi…setakat ini jika ada masalah kita boleh gunakan tanah perkuburan Islam di Kg Bamban kalau pun tanah perkuburan Islam di kawasan ulu Kemabong belum selesai,” tambah Jamawi lagi.
Bagi Masjid Masjid dan Surau yang memerlukan pembaikan kerana kedaifan Jamawi berkata, beliau akan berusaha untuk mengajukan perkara tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.Ends///..
nuffnang_bid = "a92d4c7f3eed69b2b87d6ace0d5f2dc5";
Piala Asiarasa (Piala KP Tenom)
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar menegaskan bahawa permintaan untuk menjadikan daerah disini sebagai medan kejohanan sepaktakraw bertaraf negeri mahu pun kebangsaan telah pun dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA), dan ia membuktikan satu lagi anjakan bagi sukan sepaktakraw disini.
Katanya, adalah kerana pihak ASTAKA telah melihat kesungguhan para pemain sukan itu disini yang bukan sahaja sangat aktif dalam penganjuran tahunannya, tetapi juga telah berjaya menonjolkan bakat bakat baru menerusi beberapa kejohanan sebelum ini.
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disini berkata demikian dihadapan kira kira 200 belia termasuk para peserta kejohanan ketika merasmikan perlawanan akhir kejohanan sepaktakraw piala ASIARASA 2009 pada Ahad.
Kejohanan tersebut yang diadakan setiap tahun anjuran Kelab Belia Tenom turut disertai seramai 25 pasukan daripada daerah daerah lain diSabah seperti Nabawan, Kemabong, Sipitang, Papar dan Kota Kinabalu.
Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA) Ag Raini Abdul Rahman.
Jamawi seterusnya berkata, beliau ingin melihat malah mencabar persatuan persatuan belia disini bahawa Persatuan sukan sepaktakraw disini akan wujud dan didaftar dalam masa terdekat ini, untuk persiapan mereka bersaing dipersada antarabangsa dalam sukan sepaktakraw.
“ Pada kejohanan kejohanan akan datang..kita bersedia untuk melebarkannya ke kawasan kawasan lain di Sabah…kalau boleh kita juga jemput pasukan pasukan dari Sarawak dan Brunei, supaya pasukan kita dapat menimba pengalaman yang lebih luas jika kejohanan itu disertai oleh ramai pasukan elite,” jelas beliau lagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung ASTAKA Ag Raini Abdul Rahman menekankan bahawa beliau kagum melihat para peserta sukan itu yang beraksi dengan hebat malah setanding dengan kehebatan pasukan peringkat negeri.
“ Kita mahu mereka ini terus digilap dan didedahkan dengan lebih banyak kejohanan diperingkat negeri mahu pun kebangsaan…dan itu sebab kita sedia menimbang apa apa permintaan persatuan ini,” tegas Raini.
Kejohanan selama dua hari berturut turut itu yang bermula pada Ogos 8 hingga 9,2009 dan disertai 25 pasukan telah menyaksikan pasukan tuan rumah SEDCO A muncul juara keseluruhan setelah menewaskan pasukan Nabawan diperingkat akhir dengan dua set berturut turut (straight set).
Pasukan SEDCO A menerima sebuah piala pusingan diiringi wang tunai RM1,000, Naib Johan Pasukan Nabawan menerima wang tunai RM700.00, manakala tempat ketiga Pasukan ASIARASA B menerima wang tunai RM500.00 dan ditempat keempat pasukan SKT 2020 menerima wang tunai RM250.00.Ends///..
nuffnang_bid = "a92d4c7f3eed69b2b87d6ace0d5f2dc5";
Saturday, July 25, 2009
MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO TENOM
Adalah diharapkan agar majlis dapat berjalan dengan lancar dan sukses dan mendapat kata muafakat didalam memantapkan UMNO dan BN di Tenom. Pergerakan pemuda UMNO Tenom merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB Ketua Bahagian merasmikan mesyuarat...
Monday, July 13, 2009
PEMUDA UMNO - RAKAN PEMBELA RAKYAT
Khairy jadi pengimbang di luar Kabinet
TENOM: Kedudukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di luar kabinet negara, dapat memberi ruang kepada Khairy untuk memainkan peranan yang lebih penting bagi mengukuhkan parti dan bertindak sebagai “check and balance” kepada pentadbiran negara.
Exco Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata pihaknya bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak melibatkan Khairy di dalam kabinet yang baru mengangkat sumpah.
“Begitupun, barisan kebinet baru tetap mendapat sokongan kepimpinan pergerakan pemuda sebagai barisan Mesra Rakyat yang pasti mampu mengharungi pelbagai cabaran masa kini khususnya krisis ekonomi global,” kata Jamawi yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom.
Ketika meraikan kemenangan beliau sebagai exco pada Jumaat, di hadapan kira-kira 200 ahli parti itu beserta anggota-anggota komponen Barisan Nasional (BN), Jamawi berkata: “Konsep Key Performance Index (KPI) yang digunakan pakai oleh Perdana Menteri mampu menjadi kaedah yang berkesan bagi barisan kabinet baru untuk sentiasa mencapai prestasi yang cemerlang di dalam mengurus tadbir negara”.
Jamawi juga menyifatkan falsafah kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri baru berada pada posisi yang berkesan untuk mewujudkan “One Malaysia” dengan mendahulukan kepentingan rakyat serta pencapaian pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara.
“Kita tidak mahu ada ruang bagi pembangkang untuk menegur kelemahan kerajaan BN dan kita juga tidak mahu ada rakyat menggunakan pembangkang untuk mengkritik kita kerana bosan dengan sikap kita yang tidak berubah. Gejala inilah yang perlu dihapuskan kerana menjatuhkan imej BN,” jelas Jamawi.
Sambil menyifatkan kemenangannya sebagai pengiktirafan terhadap peranan Umno di pedalaman, Jamawi juga tidak melihat kemenangan itu sebagai satu kebanggaan diri melainkan tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di pedalaman untuk perhatian kerajaan pusat.
“Saya berjanji dihadapan hadirin semua…bahawa saya tidak akan mensia siakan tanggung jawab saya kepada rakyat khususnya golongan pemuda…tidak kira sama ada dia dari UMNO, atau MCA, UPKO, PBS. PBRS. LDP dan Gerakan…saya akan layan semua,” tegas beliau.
Sementara itu, Jamawi menjelaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO disini telah pun menubuhkan satu unit khidmat masyarakat yang kini sudah pun bermula beberapa bulan lalu, dimana sebuah kenderaan telah pun disediakan untuk beroperasi 24 jam bagi memenuhi kehendak awam.
Beliau berkata, antara khidmat masyarakat yang ditawarkan adalah bagi perkhidmatan sosial terutamanya penghantaran pesakit tenat untuk rawatan ke hospital, yang bukan sahaja tertumpu kepada ahli ahli UMNO tetapi kepada pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan. pemuda
SESUAIKAH KAMPUNG BUDAYA DIWUJUDKAN DITENOM??
TENOM: Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Persekutuan Jamawi Jaafar (gambar) menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin baru baru ini untuk membina satu lagi perkampongan budaya dinegeri ini dan beliau mengharapkan agar tapak pembinaan itu akan dibina didaerah disini untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke pedalaman khususnya daerah Tenom.
Katanya, perkampongan budaya sepertimana yang telah wujud dinegeri Sarawak beberapa tahun dahulu, mempunyai impak yang baik dari aspek pelancongan kerana tertarik dengan pelbagai pameran seperti seniukiran kraftangan dan keunikan senibudaya yang terdapat disitu.
Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom berkata demikian kepada Harian Ekspress ketika menghadiri perasmian mesyuarat berkelompok Pergerakan Pemuda UMNO bertempat di Balairaya Kg Jawa Sumbiling kira kira 16km dari pekan disini pada Sabtu.
“ Kita mahu perkampongan budaya itu dibina disini kerana kawasan pedalaman amat sesuai dimana lingkaran jalanraya yang boleh dilalui antara Sarawak melalui Sipitang ke Kemabong ke Tenom, Keningau, ke Sandakan atau dari Keningau ke Tawau,” jelas beliau.
“ Selain itu, terdapat juga frasarana pelancongan yang tersedia seperti Taman Pertanian Lagud Sebrang, Pusat Kebudayaan Murut dan banyak lagi pusat pusat riadah, seperti white water rafting Pangi dan Air terjun ulu Kalang,” jelas beliau.
Jamawi seterusnya berkata, kawasan dipedalaman termasuk daerah Tenom dan Kemabong banyak bergantung kepada sektor pelancongan untuk melonjakkan ekonomi disini khususnya sektor perhotelan dan restoran.
“ Kita tiada pilihan dalam menyelamatkan pusingan ekonomi daerah ini, selain menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat disini…kalau tidak para peniaga terus terhimpit oleh masalah kegawatan yang semakin meruncingkan,” tambah beliau.
Beliau mengakui bahawa keadaan ekonomi global semakin menokok, dimana impaknya sudah dirasai dikawasan Asia yang kini mula menular dinegara Negara kecil Asia Tenggara termasuk Malaysia, namun Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pemimpin yang berwibawa. dalam menyanggah tempias gawat yang semakin teruk.PERLUKAH KITA BERDAILOG? Dengar dan fahami masalah rakyat.
| JAMAWI GESA RUNDINGAN MEJA BULAT? | | | |
| Written by Admin |
| Sunday, 19 April 2009 12:19 |
|
Oleh: MAIL MATHEW Para pemimpin masyarakat Cina khususnya para pekedai termasuklah Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) digesa agar mengadakan majlis dialog bersama wakil-wakil rakyat disini yang turut menjemput ketua-ketua jabatan yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air, Jabatan Kesihatan dan Polis untuk membincangkan pelbagai permasalahan tertunggak. Gesaan tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Belia Tenom, Jamawi Jaafar, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah disini, ketika majlis tidak rasmi ‘meja bulat’ anjuran pemimpin pemimpin dan peniaga masyarakat Cina disini pada Sabtu. “Dengan adanya dialog tersebut, maka pihak pihak terbabit boleh meluahkan pandangan dan cadangan mereka kepada wakil rakyat serta terus mendapat jawapan seterusnya perhatian oleh ketua jabatan tertentu secara spontan supaya tindakan wajar dapat dilakukan,” jelas beliau. Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat dan Ketua Pemuda UMNO disini seterusnya berkata, rakyat pelbagai lapisan masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyuarakan pelbagai masalah ketidak seimbangan hak dalam kerajaan. “Adalah kerana trend kepimpinan sekarang dibawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih mengutamakan gaya kepimpinan yang bermusyawarah (discussion) bercirikan konsep ‘one Malaysia’ yang berteraskan Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan,” tambahnya lagi. ![]() Bagaimanapun Jamawi turut menolak persepsi sesetengah pihak yang menuding jari kepada wakil wakil rakyat kononnya lembab bertindak mengatasi masalah disini sebagai tidak benar, kerana mereka telah pun melaksanakan tanggung jawab mereka dengan betul tetapi kelewatan mungkin berada dipihak lain. Sementara itu, Pengerusi JKDB Kapitan Liew Foh Sin menjelaskan bahawa pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan berhubung pelbagai masalah pembangunan terutamanya yang melibatkan masalah infrastruktur dikawasan pekan, namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan oleh pihak tertentu. Liew yang telah berkhidmat selaku Pengerusi JKDB selama dua penggal (10 tahun) bagaimanapun menolak dakwaan yang menuduh beliau lembab, malah JKDB disitu telah pun mengadakan beberapa siri mesyuarat, namun hasilnya tiada tindakbalas positif dari kerajaan. Majlis tidak rasmi ‘ meja bulat’ diilhamkan oleh beberapa pemimpin masyarakat Cina terdiri daripada beberapa Ketua Masyarakat Cina, ahli ahli perniagaan dan pekedai pekedai Cina disini dalam usaha untuk menyalurkan beberapa pandangan serta rungutan mereka kepada kerajaan. Majlis itu juga sebahagian daripada usaha menyahut saranan Perdana Menteri yang menuntut para pemimpin khususnya wakil rakyat ‘turun padang’ mendekati golongan akar umbi untuk mendapatkan maklmat yang tepat berhubung masalah yang tidak sampai ke pengetahuan kerajaan. |





