Wednesday, October 21, 2009

Piala Asiarasa (Piala KP Tenom)

PIALA ASIARASA TENOM: SEDCO A JUARA KALAHKAN NABAWAN STRAIGHT SET
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar menegaskan bahawa permintaan untuk menjadikan daerah disini sebagai medan kejohanan sepaktakraw bertaraf negeri mahu pun kebangsaan telah pun dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA), dan ia membuktikan satu lagi anjakan bagi sukan sepaktakraw disini.
Katanya, adalah kerana pihak ASTAKA telah melihat kesungguhan para pemain sukan itu disini yang bukan sahaja sangat aktif dalam penganjuran tahunannya, tetapi juga telah berjaya menonjolkan bakat bakat baru menerusi beberapa kejohanan sebelum ini.
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disini berkata demikian dihadapan kira kira 200 belia termasuk para peserta kejohanan ketika merasmikan perlawanan akhir kejohanan sepaktakraw piala ASIARASA 2009 pada Ahad.


Kejohanan tersebut yang diadakan setiap tahun anjuran Kelab Belia Tenom turut disertai seramai 25 pasukan daripada daerah daerah lain diSabah seperti Nabawan, Kemabong, Sipitang, Papar dan Kota Kinabalu.
Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA) Ag Raini Abdul Rahman.
Jamawi seterusnya berkata, beliau ingin melihat malah mencabar persatuan persatuan belia disini bahawa Persatuan sukan sepaktakraw disini akan wujud dan didaftar dalam masa terdekat ini, untuk persiapan mereka bersaing dipersada antarabangsa dalam sukan sepaktakraw.

“ Pada kejohanan kejohanan akan datang..kita bersedia untuk melebarkannya ke kawasan kawasan lain di Sabah…kalau boleh kita juga jemput pasukan pasukan dari Sarawak dan Brunei, supaya pasukan kita dapat menimba pengalaman yang lebih luas jika kejohanan itu disertai oleh ramai pasukan elite,” jelas beliau lagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung ASTAKA Ag Raini Abdul Rahman menekankan bahawa beliau kagum melihat para peserta sukan itu yang beraksi dengan hebat malah setanding dengan kehebatan pasukan peringkat negeri.
“ Kita mahu mereka ini terus digilap dan didedahkan dengan lebih banyak kejohanan diperingkat negeri mahu pun kebangsaan…dan itu sebab kita sedia menimbang apa apa permintaan persatuan ini,” tegas Raini.
Kejohanan selama dua hari berturut turut itu yang bermula pada Ogos 8 hingga 9,2009 dan disertai 25 pasukan telah menyaksikan pasukan tuan rumah SEDCO A muncul juara keseluruhan setelah menewaskan pasukan Nabawan diperingkat akhir dengan dua set berturut turut (straight set).
Pasukan SEDCO A menerima sebuah piala pusingan diiringi wang tunai RM1,000, Naib Johan Pasukan Nabawan menerima wang tunai RM700.00, manakala tempat ketiga Pasukan ASIARASA B menerima wang tunai RM500.00 dan ditempat keempat pasukan SKT 2020 menerima wang tunai RM250.00.Ends///..


nuffnang_bid = "a92d4c7f3eed69b2b87d6ace0d5f2dc5";

No comments:

Post a Comment