Wednesday, October 21, 2009

Pemuda UMNO Tenom Mendekati Masyarakat

Perjumpaan khas Jamawi dengan para Imam Masjid dan Surau sempena Ramadhan
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Para Imam Masjid dan Surau dikawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemabong dan Melalap seramai 30 orang diingatkan agar terus memainkan peranan bagi mempastikan fizikal bangunan Masjid dan Surau terus terpelihara malah jika berlaku sedikit kerosakan boleh dilakukan secara bergotong royong.
Gesaan itu dibuat Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat Jamawi Jaafar ketika mengadakan perjumpaan khas dengan Imam Imam Masjid dan Surau di Bilik Mesyuarat Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Tenom pada Khamis.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disini merangkap Pengerusi Biro Agama turut menyampaikan buku Yassin dan buah Kurma kepada setiap Masjid dan Surau sempena menjelangnya bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi.
Jamawi yang akan berangkat ke tanah suci Mekkah untuk mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan bersama keluarga dalam beberapa hari lagi turut mengingatkan Jawatankuasa Biro Agama agar berkerjasama dengan para Imam dalam mengatur sesi lawatan dan berjemaah di Masjid Masjid dan Surau disekitar kawasan Parlimen Tenom ketika dimusim Ramadhan kelak.
Beliau turut menerima beberapa pertanyaan secara berdailog dengan para Imam yang antara lain meminta Biro itu mengambil langkah langkah positif menangani masalah pewartaan tanah wakaf perkuburan orang Islam dikawasan Kemabong khususnya dikawasan Tomani, Kemabong dan Kapulu.
Bagaimana pun kata Jamawi, urusan pewartaan tanah wakaf perkuburan orang Islam pihak beliau akan mengutus surat kepada JHEAINS untuk melaksanakan tanggung jawab tersebut.

Sungguh pun begitu tambah Jamawi lagi, para Imam juga harus memberi kerjasama kepada JHEAINS dari segi urusan tersebut untuk melicinkan lagi penguirusan.
“ Sebelum itu kita juga menghadapi masalah tanah wakaf perkuburan Islam di Kg Bamban tetapi semuanya telah selesai dimana masalah tersebut hanya melibatkan jalanraya yang melintasi rumah rumah perkampongan,” jelas Jamawi.



“ Jadi…setakat ini jika ada masalah kita boleh gunakan tanah perkuburan Islam di Kg Bamban kalau pun tanah perkuburan Islam di kawasan ulu Kemabong belum selesai,” tambah Jamawi lagi.
Bagi Masjid Masjid dan Surau yang memerlukan pembaikan kerana kedaifan Jamawi berkata, beliau akan berusaha untuk mengajukan perkara tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.Ends///..


nuffnang_bid = "a92d4c7f3eed69b2b87d6ace0d5f2dc5";

No comments:

Post a Comment