
Pergerakan Pemuda Umno Tenom yang diketuai oleh Ketuanya Jamawi Jaafar pada pertengahan Jun lepas telah mengunjungi pasangan daif ini, yang turut mendapat liputan meluas dari media cetak tempatan dan nasional tentang kedaifan kehidupan pasangan warga emas ini yang memerlukan pembelaan.
Sebagaimana janji beliau sebelum ini pasangan tersebut akan terus dibantu dan janji tersebut telah dikotakan kelmarin bilamana beliau bersama romboangan pemuda Umno Tenom sekali lagi mengunjungi pasangan ini bagi mempastikan kebajikan terutamanya pembinaan rumah bagi pasangan ini tinggal dapat dilaksanakan secepat mungkin.
“ Syukur alhamdulillah setakat ini kita dalam proses membina sebuah rumah untuk pasangan ini, tinggal nanti dan kita yakin ianya dapat disiapkan dalam tempoh terdekat ini selewat-lewatnya pada awal Ogos bulan kemerdekaan negara kita yang turut membawa erti kemerdekaan kepada pasangan ini nanti” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi buat kali kedua pasangan ini.
Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pasangan tersebut memilih untuk terus tinggal di kampung tersebut sementara menunggu rumah baru mereka disiapkan
“ Jabatan Perkhidmatan Kebajikan juga meneruskan bantuan kebajikan bulanan sebanyak RM300 sebulan kepada pasangan ini dan mereka juga bercadang untuk memberi elauan pengasuh kepada pasangan ini” katanya.
Jamawi menambah pergerakan Pemuda Umno Tenom juga turut mempestikan bantuan keperluan makanan harian pasangan ini akan terus dibantu dan mengharapkan kepada syarikat swsata sektor koprat dan invidu untuk tampil bagi membantu pasangan ini.
“ Bagi pergerakan Pemuda Umno Tenom kita akan terus membantu pasangan ini, dan kami juga berharap orang ramai terutamanya sektor koprat dan swasta juga tampil untuk memberikan bantuan kepada pasangan ini bagi memenuhi tanggugjawab sosial kita terhadap golongan yang memerlukan bantuan” tambah Jamawi











