Saturday, July 10, 2010

Terus Dekati Golongan Muda - Jamawi


Sdr Jamawi Jaafar, Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Tenom mengingatkan kepimpinan pemuda di setiap peringkat supaya terus melakukan usaha mendekati golongan belia, dan menarik mereka untuk menyertai Umno ataupun sekurang-kurangnya menyokong Umno.

Berucap di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Sipitang pagi tadi, Jamawi menegaskan bahawa golongan muda wajar didekati serta diambil perhatian supaya pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh anasir yang tidak bertanggungjawab. Dengan adanya hubungan langsung dengan golongan muda, fakta yang benar dan tepat tentang sesuatu isu akan dapat disampaikan terus kepada mereka dan tohmahan pihak pembangkang akan terjawab.

Selain itu, kepimpinan pemuda juga disarankan untuk bergiat aktif menggunakan media baru seperti blog dan laman sosial yang lain, sebagai saluran untuk berkomunikasi dengan golongan belia yang pada hari ini aktif menggunakan media baru. Jamawi berkongsi pengalamannya dalam penggunaan media baru, yang pada awalnya beliau ragu-ragu dengan keberkesanan media tetapi ternyata keraguannya adalah salah.

Namun begitu, Jamawi juga mengingatkan supaya penggunaan media baru tidak diselewengkan. Menggunakan media baru untuk tujuan yang jahat seperti memfitnah, mengadu-domba dan sebagainya harus dielakkan. Kemudahan yang dinikmati hari ini tidak sewajarnya dijadikan senjata untuk menikam orang lain.

No comments:

Post a Comment