Tuesday, May 4, 2010

Keharmonian pelbagai kaum perlu dipertahankan: Musa

KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berkata keharmonian pelbagai kaum dan budaya di negeri ini perlu terus dipelihara dan dipertahankan.

Katanya, kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik di negeri ini tidak menjadi batu penghalang atau jurang pemisah antara kaum dan etnik tetapi sebagai pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang dinikmati selama ini.

Beliau berkata, ini adalah sejajar dengan inti pati tema perayaan Tadau Kaamatan tahun ini ‘Kepelbagaian Kebudayaan Teras Keharmonian.’

“Di Sabah, keharmonian pelbagai kaum yang terdiri lebih daripada 32 etnik yang sudah lama wujud sebenarnya mencerminkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak,” katanya dalam ucapan perasmian Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2010 dan Pelancaran Pesta Koningau 2010 di Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu.

Teruskan membaca di NST.

No comments:

Post a Comment