Friday, May 14, 2010
PENGUNDI MUDA PILIH BN
SIBU: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional yakin pengundi muda akan memberikan sokongan padu bagi merealisasikan misi Barisan Nasional (BN) untuk mempertahan kerusi Parlimen Sibu pada pilihanraya kecil pada sabtu ini.
Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata pihaknya optimis kalangan pengundi muda di negeri ini akan terus memberi sokongan kepada BN berdasarkan gerak kerja yang telah dijalankan setakat ini.
Jelas beliau, Pemuda di semua peringkat akan terus memberi penekanan terhadap program mendampingi golongan tersebut selain meningkatkan gerakan kempen ke kawasan luar Bandar
“Berdasarkan program dan aktiviti yang telah kita diadakan selama ini jelas golongan ini cukup selesa dan sentiasa memberi sokongan kepada kita.” Katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan bersama Pemuda BN ke rumah panjang Sungai Aup dekat sini pagi kemarin
“Petandanya cukup jelas di mana BN akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sibu pada pilihanraya kecil kali ini kerana keyakinan rakyat khususnya golongan muda terhadap perjuangan dan hala tuju BN yang membawa pelbagai program pembangunan di negeri ini telah meletakkan keyakinan mereka untuk terus memberikan sokongan padu” katanya
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata mejoriti kalangan pegundi muda yang ditemui melahirkan harapan masa depan rakyat Sarawak khususnya golongan muda akan terus terpelihara dimana hakikatnya mereka menerima kerajaan yang sediada pada hari ini telah berjaya membawa landsakp perubahan pembangunan yang lebih ketara tanpa meminggirkan golongan muda di negeri itu.
“ Yang jelas mereka mahu perubahan dari segi pembangunan secara menyeluruh dan ini hanya akan dapat direalisasikan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan dapat memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengira kaum dan sempadan” katanya.
Sumber: Jaafar Abdul Wahid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment