Friday, May 14, 2010

PENGUNDI MUDA PILIH BN


SIBU: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional yakin pengundi muda akan memberikan sokongan padu bagi merealisasikan misi Barisan Nasional (BN) untuk mempertahan kerusi Parlimen Sibu pada pilihanraya kecil pada sabtu ini.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata pihaknya optimis kalangan pengundi muda di negeri ini akan terus memberi sokongan kepada BN berdasarkan gerak kerja yang telah dijalankan setakat ini.

Jelas beliau, Pemuda di semua peringkat akan terus memberi penekanan terhadap program mendampingi golongan tersebut selain meningkatkan gerakan kempen ke kawasan luar Bandar

“Berdasarkan program dan aktiviti yang telah kita diadakan selama ini jelas golongan ini cukup selesa dan sentiasa memberi sokongan kepada kita.” Katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan bersama Pemuda BN ke rumah panjang Sungai Aup dekat sini pagi kemarin

“Petandanya cukup jelas di mana BN akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sibu pada pilihanraya kecil kali ini kerana keyakinan rakyat khususnya golongan muda terhadap perjuangan dan hala tuju BN yang membawa pelbagai program pembangunan di negeri ini telah meletakkan keyakinan mereka untuk terus memberikan sokongan padu” katanya

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata mejoriti kalangan pegundi muda yang ditemui melahirkan harapan masa depan rakyat Sarawak khususnya golongan muda akan terus terpelihara dimana hakikatnya mereka menerima kerajaan yang sediada pada hari ini telah berjaya membawa landsakp perubahan pembangunan yang lebih ketara tanpa meminggirkan golongan muda di negeri itu.

“ Yang jelas mereka mahu perubahan dari segi pembangunan secara menyeluruh dan ini hanya akan dapat direalisasikan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan dapat memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengira kaum dan sempadan” katanya.

Sumber: Jaafar Abdul Wahid

Monday, May 10, 2010

Pemuda Umno Raikan Pelajar Cemerlang Tenom.

TENOM: Seramai 18 pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ,Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lepas diraikan pada satu majlis, dekat sini baru-baru ini.
Kesemua pelajar PMR,SPM dan STPM yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang dari lima buah sekolah daerah Tenom itu menerima,plag sijil dan wang tunai RM150 setiap seorang.

Majlis penyampaian anugerah anjuran Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom itu dirasmikan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar dalam satu majlis ringkas namun cukup bermakna bagi para pelajar di daerah tersebut.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata, anugerah yang diberikan merupakan galakan kepada pelajar terbabit agar mereka lebih berusaha dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang.

Beliau berkata, para pelajar cemerlang berkenaan diharap dapat menjadi anak-anak yang akan menyumbang kepada kecemerlangan masyarakat pada masa akan datang sekali gus membawa erti yang besar kepada ibu bapa masing-masing.

Bagaimanapun, menurut beliau pelajar yang gagal mendapat keputusan yang kurang memuaskan tidak bermakna mereka tidak cemerlang tetapi harus diberi motivasi dan galakan yang lebih agar cemerlang pada peperiksaan akan datang.

“Walaupun kecemerlangan ini masih di peringkat awal, tetapi secara tidak langsung ia mampu menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih baik dalam apa juga ilmu atau bidang yang diceburi sekali gus mampu membangunkan institusi kekeluargaan,” katanya.


Menurut beliau lagi pemberian angureh tersebut merupakan salah satu program yang memang dirancang sejak awal lagi oleh pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom dengan harapan ianya akan menjadi pendorong kepada para pelajar khususnya dari daerah tersebut agar lebih tekun belajar bagi memperolehi keputusan yang cemerlang.

“ Ini merupakansebahagian dari komitmen pergerakan pemuda Umno bahagian ini, bagi membantu kerajaan khususnya ibu bapa dan pelajar bagi memperkasakan kecermalangan pendidikan di daerah ini, walaupun anugreh ini dilihat sebagai sumbangan kecil dari pemuda namun kita berharap ianya akan menjadi pendorong dalam meningkatkan mitovasi pelajar” katanya.

Turut hadir di majlis tersebut Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Ajmal Haji Jumah, pegawai pegawai kanan Pejabat Pelajaran Daerah, guru-guru serta ibubapa pelajar berkenaan.

Sumber: Jaafar Abd Wahid.

Thursday, May 6, 2010

Kemajuan Pendidikan Diutamakan.

SERAH SUMBANGAN….Kelihatan Jamawi sambil diperhatian oleh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom ketika menyampaikan sumbangan untuk Pejabat Pelajaran Daerah Tenom, yang diwakili oleh Penyelia Pendidikan Daerah Tenom, Sugianto Trimo pada majlis tersebut.

Sumbangan kepada Pengerusi Unduk Ngadau Tenom.

Sumbangan kepada Pengerusi Pesta Kaamatan Melalap Tenom.

Sumbangan kepada Pengerusi Persatuan Belia YMM Tenom.

Sumbangan kepada wakil Pejabat Daerah Tenom untuk Unduk Ngadau.

Tuesday, May 4, 2010

Keharmonian pelbagai kaum perlu dipertahankan: Musa

KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berkata keharmonian pelbagai kaum dan budaya di negeri ini perlu terus dipelihara dan dipertahankan.

Katanya, kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik di negeri ini tidak menjadi batu penghalang atau jurang pemisah antara kaum dan etnik tetapi sebagai pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang dinikmati selama ini.

Beliau berkata, ini adalah sejajar dengan inti pati tema perayaan Tadau Kaamatan tahun ini ‘Kepelbagaian Kebudayaan Teras Keharmonian.’

“Di Sabah, keharmonian pelbagai kaum yang terdiri lebih daripada 32 etnik yang sudah lama wujud sebenarnya mencerminkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak,” katanya dalam ucapan perasmian Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2010 dan Pelancaran Pesta Koningau 2010 di Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu.

Teruskan membaca di NST.