Monday, July 13, 2009

GANDINGAN KP TENOM DAN KP KENINGAU... PEMIMPIN MASA DEPAN

PEMUDA UMNO SABAH SERBU AKAR UMBI? PDF Print E-mail
Written by Admin
Saturday, 13 June 2009 20:21

Oleh: MAIL MATHEW

Proses pemilihan UMNO di seluruh Negara akan datang mungkin diadakan secara serentak sama seperti proses pilihanraya umum (pru) oleh Suruhanjaya piliharaya (SPR) jika deraf pindaan perlembagaan UMNO yang sedang berjalan lancar ketika ini mendapat penerimaan daripada ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi UMNO untuk diluluskan dalam persidangan khas UMNO dalam masa terdekat ini.

Ketua Pergerakan UMNO Negeri Sabah, Azman Haji Roslan berkata demikian di hadapan kira kira 200 perwakilan dan pemerhati ketika merasmikan persidangan berkelompok tiga buah cawangan Pergerakan Pemuda UMNO di Tenom, bertempat di Balairaya Jawa Sumbiling pagi tadi.

Hadir sama di majlis itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat Jamawi Jaafar, Sabili Ahunang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, ketua-ketua cawangan UMNO zon Melalap iaitu cawangan Kampung Jawa, Kampung Melalap Dua dan Kampung Ulu Sumbiling.

Azman seterusnya berkata, semua peringkat pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri sendiri tidak terkecuali daripada mematuhi dasar yang telah digariskan oleh kepimpinan UMNO untuk menuntut mereka turun padang bagi mendekati rakyat dan melihat keadaan rakyat serta bermesra dengan mereka.

Beliau menambah, bagi mempastikan dasar itu dipatuhi dan berkesan dapat mengukuhkan parti, pemuda UMNO telah merangka lima teras seperti Pemimpin Pemuda yang berprinsip, Pemimpin Pemuda yang proaktif, Pemuda terus relevan, melihat pemuda ‘enclusive’ dan teras bersatu.

“ Saya menyeru kepada pemuda UMNO di sini agar terus mengaplikasikan teras ini di peringkat akar umbi…di mana pengurusan cawangan cawangan perlu juga menyimpan data sebagai penanda aras kekuatan parti,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Azman turut menyeru kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan supaya melibatkan kepimpinan pergerakan pemuda parti parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ada di situ agar kekuatan jentera BN terus mantap dalam menghadapi PRU ke-13.


Kampung Budaya Di Tenom??

'Build proposed cultural village in Tenom'
Published on: Saturday, June 20, 2009

Tenom: Tenom Umno Youth has welcomed Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's proposal to build a cultural village in Sabah, saying it should be in Tenom if State Tourism and Environment Minister Datuk Masidi Manjun is not interested.

"In my capacity as Tenom Umno Youth leader, we request that the cultural village be built in the interior in Tenom.

"There's no problem with regards to site because the road network is sufficientÉthere is also a five-star hotel," he said , Exco UMNO Youth Jamawi Jaafar.

He was officiating at a combined meeting of three Umno branches at Kampung Jawa Sumbiling balairaya.

The construction of a cultural village here, he said, is timely so as to enhance the cultures in Sabah as well as to increase the number of tourists.

Masidi, who is also Sabah Umno Assistant Secretary, said a cultural village was difficult to maintain, going by the Sarawak example. Instead he said the Cultural Village set up in the State Museum grounds could be improved.

However, Jamawi said the cultural village built several years ago in Sarawak had made a good impact on that State's tourism.

He said Tenom is a suitable site for the cultural village because there are several attractions such as Taman Lagud Sebrang, Murut Cultural Centre and recreation centres such as Pangi White Water Rafting and Ulu Kalang Waterfall.

He said the Government's moves to enhance tourism and manufacturing in economically slow moving areas such as in the interior is a correct move.

Jamawi said the only way to salvage the district's economy is to attract more tourists.

Should the cultural village is built in Tenom, he said it would inculcate greater preservation and conservation of cultures there.

KOPERASI BELIA TENOM BERHAD JADI PENGEDAR BARANGAN RUNCIT

TENOM: Koperasi Belia Tenom Berhad telah disenaraikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai pengedar barangan bersubsidi untuk melaksanakan inisiatif kerajaan mengurangkan harga barangan runcit di bandar besar dan kawasan pedalaman.

Penolong Pengarah SKM Cawangan Sabah, Jeffree Chung @ Yapslee berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan melantik mana-mana koperasi yang berkemampuaa untuk menjadi pemborong barangan bersubsidi.

"Koperasi Belia Tenom telah kami senaraikan dan terserah kepada koperasi ini untuk menjalankan tanggungjawab itu," kata Jeffree dalam taklimatnya kepada Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Tenom Berhad di Hotel Asiarasa di sini pada Jumaat.

Menurut Jeffree, dengan penamaan Koperasi Belia Tenom sebagai pemborong, diharapkan harga barangan runcit bersubsidi di kawasan Tenom dan Kemabong dapat dikurangkan.

Terdahulu Pengerusi Koperasi Belia Tenom, Jamawi Jaafar berkata pihaknya bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pemborong barangan bersubsidi sebagai salah satu usaha membantu masyarakat pengguna di kawasan ini.

"Perancangan yang dimainkan oleh koperasi bukan sekadar pengisian fungsian sebaliknya untuk memberikan perkhidmatan kawalan harga terhadap barangan runcit dan gas LPG," kata Jamawi.

Jamawi yang juga Exco Pemuda Umno Pusat seterusnya membayangkan akan bekerjasama dengan pemborong-pemborong sedia ada untuk memastikan barangan bersubsidi mencukupi dan memenuhi keperluan para pengguna di sini. (UTUSAN BORNEO)

Wednesday, July 8, 2009

Pilihanraya Kecil Manek Urai

Ketika ini saya berada di Manek Urai Kelantan untuk menyokong dan membantu calon BN yang merupakan rakan karib saya Saudara Tuan Aziz Tuan Mat. Saya akan updatekan nanti dengan gambar terbaru daripada Manek Urai.

Thursday, July 2, 2009

Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Tenom kali ke-4


AJK Pemuda UMNO Tenom bergambar selepas bermesyuarat.

Monday, June 1, 2009

Jamuan Alumni Limauan 1977-1988


Salam,

Malam tadi berkesempatan hadir ke Jamuan Alumni Limauan 1977-1988. Pertama kali hadir dan bersama dengan program. Seronok berjumpa kawan-kawan lama.


Antara yang sempat hadir dari generasi 1986-1988, Sdr. Azman Amarashikin, Sdr. Mazlan Mohd Seh, Sdr. Anuar Latif, Sdr. Md Said Ag Damit dan sdr. Hasbi Tangge.


Semoga Alumni ini terus hidup dan bergerak. Secara peribadi, saya akan terus menyokong aktiviti yang dijalankan.