Monday, January 31, 2011

SUKAN ANTARA ELEMAN PENTING MEMPERKASAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA


Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, sukan adalah antara pendekatan yang dilihat cukup berkesan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda disamping dapat memupuk semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini khususnya dalam memperkasakan Gagasan 1 Malaysia

Katanya, selain boleh mencungkil bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, aktiviti sukan juga boleh menjadi medium untuk meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

''Berdasarkan faktor tersebut, peruntukan besar yang disediakan oleh kerajaan dalam pembangunan sukan tidak akan merugikan kerana selain untuk mengangkat martabat dan maruah sukan negara di peringkat antarabangsa ia juga boleh merapatkan perpaduan dan keharmonian rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menangah Kebangsaan Entabuan Tenom dekat sini kemarin

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar memperbanyakkan lagi pembinaan gelanggang dan prasarana sukan bagi membolehkan lebih banyak aktiviti sukan dapat dijalankan di peringkat daerah dan kawasan pedalaman.

Katanya,dengan adanya prasarana sukan tersebut lebih ramai penduduk boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

“ Kita berharap kerajaan dapat menambah prasarana sukan khusunya di daerah ini yang akan menjadi salah satu venu sukan Sabah (Saga) V yang dijadulkan beerlangsung tahun ini” katanya

Terdahulu ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut Jamawi berharap agar ibubapa turut memberikan galakan kepada anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan pihak sekolah.

Katanya, penekanan bukan sahaja tertumpu kepada bidang kurikulum namun namun dalam masa yang sama perlu juga memberikan sokongan kepada aktiviti ko kurikulum bagi mengilap pontensi mereka dalam bidanglp kurikulum sepertyi aktiviti sukan,unit berunifrom dan sebagainya

“ Selain dapat mengurangkan tekanan kepada anak-anak belajar, aktiviti kp kurikulum mampu mendidik anak-anak untuk berhadapan dengan cabaran disamping mampu membena jatidiri dan menyuntik daya juang yang tinggi untuk mereka berjaya dalam bidang yang diceburi” tambah Jamawi. /jbw

2 comments: