Monday, January 10, 2011

PEMUDA UMNO DAN BN SABAH BUKA KAUNTER BIRO ADUAN DI KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR: Walaupun kes belia dari Sabah yang terkandas di Ibu Negara Kuala Lumpur agak terpencil namun Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Sabah akan terus memainkan... peranan bagi membantu mana-mana belia dari negeri ini yang berhadapan dengan masalah di kota metropolitan itu

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, pada awal tahun 2010 media tempatan melaporkan hampir 400 orang belia Sabah terkandas dan hidup merempat di Kuala Lumpur,bagaimanapun menurut beliau laporang tersebut sama sekali tidak berasas dimana hasil dari tinjuan yang dibuat hanya sekitar 30 orang sahaja belia yang terkandas

Katanya mereka yang terkandas terdiri dari belia yang kehilangan kad pengenalan, kurang kemampuan menyewa rumah dan terpaksa menumpang atau tinggal di masjid atau rumah ibadah yang lain dimana mereka telahpun diberikan bantuan sewajarnya oleh pemuda Umno dan BN Sabah termasuklah mencarikan pekerjaan untuk mereka.

“ Walaupun jumlah belia Sabah terkandas di Kuala Lumpur terutamanya dalam usaha mencari pekerjaan agak terpencil namun usaha kita (Pemuda Umno/BN) Sabah bagi membantu mana-mana belia dari Sabah yang berhadapan dengan masalah mencari peluang pekerjaan termasuk kebajikan mereka akan terus kita bantu melalui kaunter aduan yang kita buka setiap hari selasa bermula dari jam 5 petang hingga 8 malam di jalan Masjid India Kuala Lumpur ” katanya semasa ditemui selepas mengiringi Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim melawat kaunter Biro Aduan Komuniti Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno Malaysia di jalan masjid India kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Kaunter yang mendapat sokongan serta kerjasama dari Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai “ Rumah Sabah “ itu selain memberikan kemudahan bagi membantu belia dari Sabah mencari peluang pekerjaan yang sesuai di Kuala Lumpur ianya juga bertujuan untuk membantu kebajikan mana-mana belia termasuk rakyat dari Sabah yang menghadapi masalah.

“ Di kaunter aduan ini juga kita turut membuka kunter daftar pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi golongan belia yang belum mendaftar sebagai pemilih,pendaftaran peluang pekerjaan,pemeriksaan kesihatan disamping menyediakan makan minum secara percuma semasa kaunter ini beroperasi” tambah Jamawi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Perhubungan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya Edris Maidin dan kakitanganya yang memberikan sokongan padu terhadap perlaksanaan program tersebut Jamawi berharap agar golongan belia yang ada di Kuala Lumpur memanafaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan ini.

Dalam perkembangan yang sama Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memuji usaha yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Sabah yang berusaha membuka kaunter aduan tersebut bagi membolehkan golongan belia dari Sabah berkongsi masalah yang mereka hadapi semasa berada di Kuala Lumpur.

Katanya, kesungguhan Pemuda Umno dan BN Sabah membuka kaunter terbuka tersebut membukti slogoan 1 Malaysia di adapatasi oleh pergerakan itu bagi memberikan khidmat terbuka dan terbaik kepada anak-anak Sabah yang berada di Kuala Lumpur dalam membantu menangani sebarang masalah dan kesulitan yang mereka hadapi semasa berada di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment