Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan diucapkan kepada semua umat Islam di mana sahaja berada. Semoga kedatangan bulan mulia ini akan menginsafkan kita tentang nikmat kemakmuran dan keharmonian yang kita kecapi di negara tercinta ini.


TENOM: Sejumlah RM8,000 disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom kepada 32 buah masjid dan surau di daerah itu bagi megimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan tahun ini dibawah program Ihya Ramadan pergerakan tersebut.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, ianya merupakan sumbangan kecil pergerakan tersebut bagi menyemarakkan semangat ihya Ramadhan di kalangan belia Islam di samping membina generasi belia yang mempunyai kesedaran beragama yang tinggi.

“ Dengan adanya sedikit sumbangan dari pergerakan ini, kita berharap ianya dapat membantu pihak jawatankuasa masjid dan surau di seluruh daerah ini melaksanakan program-program keagamaan sempana bulan Ramadan tahun ini” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada pengerusi pengerusi Masjid dan Surau di bilik mesyuarat Pejabat Pergerakan Pemuda Umno Tenom baru baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, diharapkan melalui sumbangan tersebut beberapa program dapat dilaksanakan di masjid dan surau di daerah itu agar lebih ramai golongan belia Islam berpeluang menimba ilmu dan mendapat maklumat yang berguna dalam memperkasakan diri dan minda agar berupaya menjana masa depan yang lebih baik.

“ Kita ingin mengajak dan melibatkan golongan muda dalam program program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini di berapa buah masjid dan surau di daerah ini, seperti sembahyang berjemaah,sunat tarawih termasuklah program program tadarus al-Quran” katanya

Malah menurut beliau pergerakan itu juga akan mengatur programnya sendiri melalui Ziarah Ramadan ke beberapa buah masjid dan surau di daerah itu dalam program berbuka puasa dan juga sembahyang berjemaah magharib,isya dan sunat tarawih.

“ Kita juga akan berusaha membawa penceramah Agama dalam program Ziarah pergerakan ini, dimana sebelum majlis berbuka puasa diadakan kita isikannya dengan majlis ilmu melalui Takzirah mahupun ceramah Agama” katanya.

Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (USIA) berharap golongan Belia Islam khususnya di daerah itu agar menghormati kehadiran bulan Ramadan dengan melaksanakan program program yang berfeadah dengan hadir bersama mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan dan menghindari perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej Agama Islam seperti makan di khalayak ramai dan sebagainya.

Sumber: Jaafar Abd Wahid.

5 comments:

  1. Semoga pemimpin kita benar2 jujur. tahun depan mungkin akan ad pilihanraya dan Barisan nasional umumnya harus berfikir tentang rakyat dan bukan tentang kuasa amnya.

    ReplyDelete
  2. salam.

    blog tuan telah dimasukkan dalam senarai blog rakan baru Panglima

    Terima kasih menambah link blog Panglima di sini...

    ReplyDelete
  3. Tahniah tuan kerana dapat memberikan sumbangan seumpamanya untuk mengimarakan masjid dan surau. Cuma saya berharap sutau prohgram khusus perlu dianjurkan oleh Pemuda UMNO Tenom khususnya untuk meningkatkan lagi kefahaman Islam di daerah ini. Daripada pengamatan saya sejak sekian lama, belia daerah ini kurang didikan agama, ramai belia Islam yang terlibat dengan pelbagai gejala sosial, mat rempit dan seumpamanya. Kedua, daerah Tenom merupakan antara daerah yang mempunyai penganut mualaf, mengapa tiada program khusus untuk membantu mereka ini mendalami Islam. Misalnya, kelas belajar membaca al-Quran, kelas fardhu ain dan sebagainya. Saya harap tuan sebagai pemimpin belia yang mula mendapat tempat mengusahakan sesuatu untuk meninkatkan kefahaman Islam di daerah ini melalui pelbagai agensi yang ada seperi JHAEINS dan seumpa,manya. Tq.

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ramadhan kepada semua warga tenom http://tenom.my

    Tuan, mahu blog address dengan subdomain tenom.my ka? sbg contoh http://suara.tenom.my @ http://pemuda.tenom.my. hosting akan disediakan juga. :)

    ReplyDelete
  5. gud suggesstion bro... hubungi saya nanti..

    ReplyDelete