Sunday, July 11, 2010

PEMUDA UMNO TENOM TERUS PANTAU KEBAJIKAN PASANGAN WARGA EMAS


TENOM: Kesungguhan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom bagi membantu pasangan warga emas, Ampakat Magindu 90, dan pasangannya Sinang Bangsian 87 yang hanya tinggal dalam khemah di kampung Kalibatang Lama Kemabong dekat ini sebelum ini bukanlah sekadar retorik semata-mata atau sekadar mencari publisiti murahan, namun ianya dibuat atas komitmen dan kesedaran bagi membantu pasangan ini hidup dalam persekitaran yang lebih baik dan selesa.

Pergerakan Pemuda Umno Tenom yang diketuai oleh Ketuanya Jamawi Jaafar pada pertengahan Jun lepas telah mengunjungi pasangan daif ini, yang turut mendapat liputan meluas dari media cetak tempatan dan nasional tentang kedaifan kehidupan pasangan warga emas ini yang memerlukan pembelaan.

Sebagaimana janji beliau sebelum ini pasangan tersebut akan terus dibantu dan janji tersebut telah dikotakan kelmarin bilamana beliau bersama romboangan pemuda Umno Tenom sekali lagi mengunjungi pasangan ini bagi mempastikan kebajikan terutamanya pembinaan rumah bagi pasangan ini tinggal dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“ Syukur alhamdulillah setakat ini kita dalam proses membina sebuah rumah untuk pasangan ini, tinggal nanti dan kita yakin ianya dapat disiapkan dalam tempoh terdekat ini selewat-lewatnya pada awal Ogos bulan kemerdekaan negara kita yang turut membawa erti kemerdekaan kepada pasangan ini nanti” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi buat kali kedua pasangan ini.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pasangan tersebut memilih untuk terus tinggal di kampung tersebut sementara menunggu rumah baru mereka disiapkan

“ Jabatan Perkhidmatan Kebajikan juga meneruskan bantuan kebajikan bulanan sebanyak RM300 sebulan kepada pasangan ini dan mereka juga bercadang untuk memberi elauan pengasuh kepada pasangan ini” katanya.

Jamawi menambah pergerakan Pemuda Umno Tenom juga turut mempestikan bantuan keperluan makanan harian pasangan ini akan terus dibantu dan mengharapkan kepada syarikat swsata sektor koprat dan invidu untuk tampil bagi membantu pasangan ini.

“ Bagi pergerakan Pemuda Umno Tenom kita akan terus membantu pasangan ini, dan kami juga berharap orang ramai terutamanya sektor koprat dan swasta juga tampil untuk memberikan bantuan kepada pasangan ini bagi memenuhi tanggugjawab sosial kita terhadap golongan yang memerlukan bantuan” tambah Jamawi

3 comments:

  1. Ask tuan. Bagus juga ada program sedemikian dapatlah warga emas diringankan beban mereka. Dapatlah warga emas menghabiskan sisa-sisa usia mereka dengan tenang. Cuma satu perkara yang rasa terkilan sedikit dgn pemimpin parti-parti politik. Masalah yg dihadapi oleh pelbagai agensi di Tenom ini langsung tdk dihiraukan dan membiarkan mereka tidak berpuas hati. Saya sebut satu contoh. Kerajaan Barisan Nasional hari in telah melakukan banyak pembaziran. Pembinaan makmal komputer di sekolah-sekolah di daerah ini langsung tdk berfungsi. Ada makmal yg sudah roboh, ada siling dan atap yg sudah bocor, ada dinding yang sudah retak, ada juga makmal yang belum diserahkan kepada pihak sekolah. Sebelum kebusukan ini terbongkar kepada pemimpin-pemimpin politik yg tdk ada kaitan dgn kerajaan, saya fikir ada baiknya Pemuda UMNO Tenom bertindak ke depan. Cuba selidiki dan usahakanlah sesuatu agar untuk mengatasi masalah ini. Pemuda pun ada link dgn orang atas. Mengapa perkara penting ini tidak dihiraukan oleh pemuda UMNO Tenom?

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn komen saudara. Pemimpin-pemimpi politik cuma aktif melaksanakan aktiviti yang ada kepentingan politik. Yang kita selalu dengar membantu golongan miskin, goongan berpendapatan rendah tetapi dalam masa yang sama kakitangan kerajaan juga sering diabaikan. Banyak perkara yg mereka tdk puas hati tetapi tdk nak salurkan kpd siapa.

    ReplyDelete
  3. cadangan tersebut telahpun dikemukakan kepada menteri pelajaran pada 25 julai yang lalu. bukan sahaja di tenom yang bermasalah, tetapi juga meliputi keseluruhan negeri sabah. insyaallah ada penyelesaian jangka pendek sedang diusahakan.

    ReplyDelete