Monday, July 12, 2010

PEMUDA UMNO TENOM BANTU PELAJAR MISKIN


TENOM: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom telah memperuntukan bantuan sebanyak RM13,400 bagi membantu pelajar miskin dari lima buah sekolah di daerah tersebut yang bakal menghadapi peperiksaan PMR,SPM dan STPM penghujung tahun ini.

Ketua Pergerakannya Jamawi Jaafar berkata, setiap pelajar yang terpilih dari keluarga yang kurang berkemampuan akan menerima bantuan sebanyak RM60.00 sebulan yang digunakan untuk membeli buku buku rujukan dan keperluan pendidikan lain khusus untuk meringankan beban keluarga mereka .

“ Bantuan ini merupakan sebahagian dari komitmen pergerakan Pemuda Umno Tenom khusus untuk memperkasakan mutu pendidikan di daerah ini, disamping meringakkan beban ibubapa yang kurang berkemampuan untuk membayai pendidikan anak-anak mereka” katanya semasa berucap dan seterusnya menyerahkan bantuan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Ajmal Haji Jumah dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran daerah dekat sini pagi kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebagai projek printis pergerakan tersebut telah memilih lima buah sekolah itu SMK Tenom,SMK Entabuan,SMK St Anthony dan SM Chung Hwa dan SMK Kemabong dimana pelajar pelajar yang kurang berkemampuan dan berpotensi dalam cemerlang dalam pendidikan akan menerima bantuan tersebut.

Selain itu juga Jamawi berkata, pergerakan Pemuda Umno Tenom juga turut menyumbangkan sebanyak RM5000.00 kepada Pejabat Pelajaran daerah untuk mengadakan klas tuisyen kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM tahun ini.

Dalam perkembangan yang sama semasa berucap di majlis tersebut, Jamawi mengingatkan ibubapa dan pelajar agar tidak menjadi factor kemiskinan sebagai alasan untuk mereka tidak menumpukan perhatian terhadap pendidikan.

Katanya, melalui pendidikan ianya merupakan pelaburan jangka panjang untuk masa depan mereka yang akan merubah landskap kehidupan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“ Melalui pendidikan yang berkualiti dan cemerlang ianya merupakan bekalan yang cukup penting bagi mengharungi masa depan dan sekali gus akan dapat membantu merubah masa depan mereka untuk keluar dari garis kemiskinan “ katanya.

Sehubungan dengan itu beliau mahukan para pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka semasa berada di sekolah di samping ibubapa perlu memberikan dorongan dan semangat untuk anak-anak mereka memberikan perhatian yang serius terhadap
pendidikan.

“ Saya yakin dengan adanya perhatian serius pelajar dan kerjasama sepenuhnya dari pihak sekolah, guru-guru dan ibubapa usaha untuk memperkasakan mutu pendidikan khususnya di daerah ini akan tercapai” katanya.

Sumber : Jaafar Abd Wahid.

2 comments:

  1. syabas saudara Jamawi Jaafar dr pemuda umno kepong....
    Dan terima kasih saudara jamawi

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuangan saudara

    ReplyDelete