Tuesday, April 13, 2010

PEMUDA BN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT DI KAWASAN SERENDAH


TURUN PADANG…Walaupun Pilihanraya Kecil bagi kawasan Hulu Selangor belum bermula namun bagi Jentera Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional mereka telah bersedia menggalas tanggungjawab serta amanah bagi mempestikan kawasan Hulu Selangor akan dapat ditawan semula dari parti pembangkang pada pilihanraya kecil kali ini dimana penamaan calon akan diadakan pada 17 April ini sementara hari pengundian pada 25 April .

Jentera Pemuda yang diketuai oleh Ketua Pemuda BN yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaludin yang diiiringi oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar serta ketua-ketua Pergerakan Pemuda parti Kompenan BN baru-baru ini turut melakukan lawatan dalam program “Pemuda Turun Padang” di daerah mengundi Serendah menziarahi sambil berramah mesra dengan penduduk di diberapa buah kampung di kawasan daerah mengundi Serendah.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom ketika ditemui selepas lawatan ini berkata, beliau optimis BN akan dapat menawan semula kawasan Hulu Selangor berdasarkan kepada maklum balas positif yang diterima dari beberapa orang penduduk yang turut menzahirkan sokongan kepada kerajaan BN yang mereka lihat akan mampu membawa perubahan dari aspek pembangunan di kawasan itu.

“ Pemuda akan teruskan mengerakkan jenteranya dari masa ke semasa sehingga dari awal ketika proses penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian dengan pelbagai pendekatan dan juga program yang diatur bagi memestikan kemenangan calon BN pada pilihanraya kecil kali “ katanya

2 comments:

  1. Insyallah Pakatan Rakyat akan menang.

    ReplyDelete
  2. Askm. Saya cadangkan agar blog ini memaparkan aktiviti pemuda di peringkat bahagian khususnya yang ada kaitan dengan masyarakat setempat. PRK HS itu aktiviti politik semata-mata tu bos. Saya cadangkan agar pemuda buat bancian golongan miskin tegar di daerah Tenom. Perkara yang tidak dibuat oleh yb-yb Tenom. Berapa yg sudah menerima bantuan dan berapa yang belum menerima. Jangan dekat piliohan raya baru sibuk berkempen.

    ReplyDelete