Thursday, February 26, 2009

Salam Perkenalan

Salam,

Saya tertarik dengan perkembangan dunia blog, yang mempunyai ramai peminat. Di kalangan ahli politik, blog mempuyai pengaruh yang bukan kecil.

Atas kesedaran untuk sama-sama para bloggers lain, berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair, maka dari saat ini, saya juga menceburkan diri ke dunia ini. Mungkin agak lambat tapi ia lebih baik daripada tidak bersama berjuang. Better late than never!

Semoga dengan terbinanya blog SuaraTenom ini, akan memudahkan saya menyalurkan idea, pendapat, cadangan atau apa sahaja dari hati nurani saya, demi perjuangan suci ini. Dengan harapan, melalui blog ini akan memudahkan saya berinteraksi dengan orang lain.

Khusus kepada para pemuda di Bahagian Tenom, diharapkan Suara Tenom ini akan menjadi wadah untuk kita bertukar fikiran, meluahkan pendapat dan sama-sama berusaha memajukan Tenom! Insya Allah....

2 comments:

  1. satu langkah yang sangat baik untuk memperkenalkan pemuda UMNO Tenom ke mata dunia sesuai dengan slogan "Rakyat diutamakan,Pencapaian didahulukan" semoga perjuangan anda akan terus mendapat tempat dihati rakyat P181 Tenom.Kami sentiasa bersama anda TERUS BERJUANG.

    Moha.Ishak Hj.Yunus
    Muhamad Nizam Ismail
    TENOM.

    ReplyDelete
  2. Setiap perjuangan yang telus, bersih dan prihatin kepada masalah rakyat pasti akan mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bahagi dari rakyat.

    Ingat konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri ke-6, impaknya amat baik dalam menyatupadukan rakyat majmuk negara ini.

    Peliharalah dan amatilah isikandungan konsep itu...saya percaya perjuangan politik kamu tetap mendapat sambutan yang luar biasa.

    ReplyDelete