Salam,
Saya tertarik dengan perkembangan dunia blog, yang mempunyai ramai peminat. Di kalangan ahli politik, blog mempuyai pengaruh yang bukan kecil.
Atas kesedaran untuk sama-sama para bloggers lain, berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair, maka dari saat ini, saya juga menceburkan diri ke dunia ini. Mungkin agak lambat tapi ia lebih baik daripada tidak bersama berjuang. Better late than never!
Semoga dengan terbinanya blog SuaraTenom ini, akan memudahkan saya menyalurkan idea, pendapat, cadangan atau apa sahaja dari hati nurani saya, demi perjuangan suci ini. Dengan harapan, melalui blog ini akan memudahkan saya berinteraksi dengan orang lain.
Khusus kepada para pemuda di Bahagian Tenom, diharapkan Suara Tenom ini akan menjadi wadah untuk kita bertukar fikiran, meluahkan pendapat dan sama-sama berusaha memajukan Tenom! Insya Allah....