Monday, July 13, 2009

KOPERASI BELIA TENOM BERHAD JADI PENGEDAR BARANGAN RUNCIT

TENOM: Koperasi Belia Tenom Berhad telah disenaraikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai pengedar barangan bersubsidi untuk melaksanakan inisiatif kerajaan mengurangkan harga barangan runcit di bandar besar dan kawasan pedalaman.

Penolong Pengarah SKM Cawangan Sabah, Jeffree Chung @ Yapslee berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan melantik mana-mana koperasi yang berkemampuaa untuk menjadi pemborong barangan bersubsidi.

"Koperasi Belia Tenom telah kami senaraikan dan terserah kepada koperasi ini untuk menjalankan tanggungjawab itu," kata Jeffree dalam taklimatnya kepada Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Tenom Berhad di Hotel Asiarasa di sini pada Jumaat.

Menurut Jeffree, dengan penamaan Koperasi Belia Tenom sebagai pemborong, diharapkan harga barangan runcit bersubsidi di kawasan Tenom dan Kemabong dapat dikurangkan.

Terdahulu Pengerusi Koperasi Belia Tenom, Jamawi Jaafar berkata pihaknya bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pemborong barangan bersubsidi sebagai salah satu usaha membantu masyarakat pengguna di kawasan ini.

"Perancangan yang dimainkan oleh koperasi bukan sekadar pengisian fungsian sebaliknya untuk memberikan perkhidmatan kawalan harga terhadap barangan runcit dan gas LPG," kata Jamawi.

Jamawi yang juga Exco Pemuda Umno Pusat seterusnya membayangkan akan bekerjasama dengan pemborong-pemborong sedia ada untuk memastikan barangan bersubsidi mencukupi dan memenuhi keperluan para pengguna di sini. (UTUSAN BORNEO)

Wednesday, July 8, 2009

Pilihanraya Kecil Manek Urai

Ketika ini saya berada di Manek Urai Kelantan untuk menyokong dan membantu calon BN yang merupakan rakan karib saya Saudara Tuan Aziz Tuan Mat. Saya akan updatekan nanti dengan gambar terbaru daripada Manek Urai.

Thursday, July 2, 2009

Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Tenom kali ke-4


AJK Pemuda UMNO Tenom bergambar selepas bermesyuarat.

Monday, June 1, 2009

Jamuan Alumni Limauan 1977-1988


Salam,

Malam tadi berkesempatan hadir ke Jamuan Alumni Limauan 1977-1988. Pertama kali hadir dan bersama dengan program. Seronok berjumpa kawan-kawan lama.


Antara yang sempat hadir dari generasi 1986-1988, Sdr. Azman Amarashikin, Sdr. Mazlan Mohd Seh, Sdr. Anuar Latif, Sdr. Md Said Ag Damit dan sdr. Hasbi Tangge.


Semoga Alumni ini terus hidup dan bergerak. Secara peribadi, saya akan terus menyokong aktiviti yang dijalankan.

Thursday, May 14, 2009

Senarai Biro Pemuda Umno Malaysia

Berikut adalah senarai lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia :


Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi

Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid

Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak

Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin

Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin

Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang

Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya

Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat

Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling

Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin

Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof

Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh

Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli

Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin

Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin

Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki

Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli

Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam

Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz

Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun

Biro Tugas-Tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman

Friday, May 1, 2009

Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri 2009

Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia :-

Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor

Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka

Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak

Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu

Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang


Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah

Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau