Sunday, March 28, 2010

Sekitar Lawatan YB Datuk Shafie Apdal


Sepanjang 27-28hb Mac yang lalu, YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ), Datuk Seri Shafie Apdal telah meluangkan masa melawat kawasan pedalaman Sabah.


Antara daerah yang dilawati beliau ialah Tenom, Nabawan, Keningau dan Penampang. Pelbagai program telah diatur dalam lawatan tersebut.

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat pedalaman kepada YB Menteri cukup meriah. Di samping, YB Menteri dapat melihat sendiri corak hidup dan keperluan masyarakat pedalaman.


Diharapkan lawatan ini akan membantu memajukan masyarakat pedalaman khususnya.


Sunday, March 21, 2010

MEB tidak akan pinggirkan masyarakat luar bandar


KUALA LIPIS 20 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat luar bandar dalam Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Tranformasi Kerajaan (GTP).

Sebagai membuktikan komitmen itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM750 kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi memastikan masyarakat luar bandar terus maju dan berdaya saing dalam sektor-sektor bernilai dan berpendapatan tinggi.

Beliau berucap merasmikan sambutan ulangtahun ke-50 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis di sini hari ini.

- Utusan

Monday, March 15, 2010

KETAHANAN MENTAL PERISAI KEMAJUAN BELIA


TENOM : Golongan belia perlu memiliki ketahanan diri dan kekuatan mental untuk dijadikan perisai menghadapi gejala negatif agar mampu mempersiap diri memikul tanggungjawab kepada rakyat dalam negara.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata semua pihak perlu menyesuaikan pendekatan membangunkan golongan belia demi melahirkan modal insan yang dapat diharapkan yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan rancangan pembangunan dan kemakmuran negara.

“Kerajaan telah memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan belia kerana golongan belia membentuk hampir separuh daripada keseluruhan penduduk negara. Kerajaan memberi tumpuan khusus membangun belia atas kesedaran bahawa belia merupakan harta negara yang paling penting,” katanya.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Kempen Derma Darah anjuran Pergerakan Pemuda Barisan Nasional di Hospital Daerah Tenom dimana majlis tersebut dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Azman Haji Roslan.


Selain itu menurut Jamawi golongan belia juga perlu diterapkan nilai-nilai murni yang sentiasa peka terhadap persekitaranya ini termasuklah memiliki sikap prihatin dan sentiasa bersedia membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Penumpuan terhadap nilai-nilai kemanusiaan ini akan membantu belia kita dalam menghadapi gejala pelbagai cabaran termasuklah cabaran sosial dalam masyarakat kita hari ini yang tidak peka dan prihatinan terhadap pelbagai peristiwa yang berlalu di sekitar” katanya.

Malah menurut beliau program tersebut merupakan antara pendidikan yang perlu dibudayakan terhadap golongan belia bagi menjadikan mereka golongan belia yang memiliki budaya murni dan suka membantu golongan yang memerlukan bantuan.

“ Selain kita menyediakan golongan belia yang berilmu pengetuhan,berkemahiran,memiliki jatidiri yang kukuh, nilai-nilai murni perlu diterapakan ke dalam jiwa golongan belia agar mereka mempunyai kesedaran terhadap peranan serta sumbangan mereka bukan sahaja kepada keluarga, masyarakat dan Negara” tambah Jamawi

Sumber : Jaafar Abdul Wahid

Tuesday, March 9, 2010

Koperasi Belia Tenom


Koperasi Belia Tenom, pimpinan Sdr. Jamawi Jaafar telah terpilih sebagai salah satu Koperasi Berdaya Maju. Perkhabaran gembira ini telah diumumkan semasa Malis Perasmian Pelancaran 1Komuniti 1Koperasi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tim. Perdana Menteri Malaysia di Sg Buluh pada 8hb Mac 2010.

Pencapaian ini sangat membanggakan terutamanya bagi sebuah koperasi baru, yang ditubuhkan untuk menyatukan belia Tenom dalam mendidik mereka berkaitan keusahawanan. Diharapkan pengiktirafan ini akan menaikkan semangat kesemua ahli koperasi untuk terus bekerjasama memajukan perniagaan.

Saturday, March 6, 2010

PEMUDA UMNO TENOM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN KEKAL SUBSIDI MINYAK


TENOM: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom mengalu-alukan keputusan Kerajaan menstruktur semula subsidi minyak secara berperingkat-peringkat disamping mengekalkannya pada harga sedia ada yang dianggap sebagai langkah terbaik dalam menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Ketua nya Jamawi Jaafar (gambar ) berkata, keputusan kerajaan itu amat tepat dan dialu-alukan oleh semua pihak khususnya rakyat yang berpendapatan rendah.

“ Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom amat mengalu-alukan tindakan kerajaan ini dan beranggapan ianya merupakan satu keputusan yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat dimana rakyat masih menanggung beban akibat kelembapan ekonomi ketika ini “ katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pagi kemarin

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan membatalkan cadangan menstruktur semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negetif daripada rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jumaat lepas.mengumumkan sistem subsidi petrol sediaada akan dikekalkan dan sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan akan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan subsidi merangkumi bahan petroleum,makan serta infrastruktur lain.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan nasib rakyat .

“ Keputusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di Negara ini dimana kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka menerima pandangan rakyat sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat” tambah Jamawi.

Dalam perkembangan berkaitan Jamawi juga berharap subsidi yang diberikan kelak perlu menapati golongan sasaran dan mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan berlaku.

Sumber : Jaafar Abdul Wahid

Friday, March 5, 2010

Syabas Saudara Jamawi Jaafar!


Salam,

Berikutan 'kegemparan' isu belia Sabah terkandas di ibu negara dengan menumpang berteduh di rumah kebajikan rumah ibadat dan ketiadaan pekerjaan, Exco Pemuda Umno Malaysia Saudara Jamawi Jaafar telah mengambil inisiatif menjejaki dan meyelami permasalahan yang berlaku.

Selaku Ketua Pemuda Umno Tenom, usaha gigih Jamawi menangani kemelut ini sangat membanggakan. Dilaporkan selain membantu mencarikan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran belia ini, Jamawi juga telah membantu sebilangan belia yang kehilangan kad pengenalan untuk mendapatkan pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara.

Sebilangan belia yang tidak lagi mahu bekerja di ibu negara telah diusahakan untuk dihantar kembali ke kampung halaman di serata pelusuk Sabah. Menurut Jamawi, kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana belia ini tertipu dengan janji manis majikan dan agensi pekerjaan yang membawa mereka bekerja di ibu negara.

Daripada insiden ini, banyak pengajaran yang boleh diambil. Terutama kepada belia yang berhasrat merantau bekerja di ibu negara atau mana-mana negeri di Semenenjung supaya lebih berhati-hati pada masa depan. Tidak salah untuk mencari rezeki dan menimba pengalaman, namun harus dipastikan agensi yang menawarkan pekerjaan adalah agensi yang sah, bukan jenis mengambil kesempatan.

Di pihak kerajaan negeri pula, fungsi Rumah Sabah di Kuala Lumpur wajar dimantapkan sebagai 'Rumah' untuk anak-anak Sabah di Semenenjung membuat rujukan apabila timbul masalah. Mungkin yang biasa dan berpengalaman ke ibu negara tidak timbul sebarang masalah, namun bagi belia dari pedalaman terutamanya yang pertama kali menjejakkan kaki di rantau orang, kewujudan Rumah Sabah pasti dapat membantu.

Apapun syabas diucapkan kepada Saudara Jamawi yang bertindak proaktif membantu belia terkandas ini!

Sumber : Pandangan ustazSAID.blogspot.com

Thursday, March 4, 2010

BELIA SABAH TERUS DIBANTU


Isu Belia terkandas di Kuala Lumpur yang menarik perhatian semua pihak baru-baru ini bukan sahaja mengundang Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Azman Roslan yang dibantu oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar untuk turun padang menangangi dan membantu menyelesaikan perkara ini sehingga ianya dapat diselasaikan secara beperingkat-peringkat termasuklah usaha untuk memperolehi pekerjaan tetap kepada para belia yang belum berkerja .

Dalam pada itu timbul pula isu lain apabila sebilangan belia yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaaan ini, kehilangan beberapa dokumen peribadi antaranya seperti surat beranak dan Kad Penegenalan sekali lagi mengundang rasa simpati Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom ini membantu sebilangan belia yang kehilangan kad pengenalan untuk mendapatkannya di Jabatan Pendaftaran negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Atas keprihatinan tersebut pagi kelmarin Jamawi membawa serta mengiringi sebilangan belia yang kehilangan dokumen peribadi Kad Pengenalan ini untuk mendapatkan salinannya di Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan.

Belia yang terlibat ketika ditemui turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemuda Umno Sabah khususnya kepada Jamawi yang bersungguh-sungguh membantu kebajikan mereka.

Wednesday, March 3, 2010

Tidak Merempat Seperti Dikata...


Buat kali kedua, tinjauan mesra terhadap belia Sabah yang dikatakan 'merempat' di ibu kota telah diadakan. Bersama beberapa orang rakan pemuda, usaha akan dijalankan untuk membantu belia-belia ini.