Monday, March 15, 2010

KETAHANAN MENTAL PERISAI KEMAJUAN BELIA


TENOM : Golongan belia perlu memiliki ketahanan diri dan kekuatan mental untuk dijadikan perisai menghadapi gejala negatif agar mampu mempersiap diri memikul tanggungjawab kepada rakyat dalam negara.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata semua pihak perlu menyesuaikan pendekatan membangunkan golongan belia demi melahirkan modal insan yang dapat diharapkan yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan rancangan pembangunan dan kemakmuran negara.

“Kerajaan telah memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan belia kerana golongan belia membentuk hampir separuh daripada keseluruhan penduduk negara. Kerajaan memberi tumpuan khusus membangun belia atas kesedaran bahawa belia merupakan harta negara yang paling penting,” katanya.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Kempen Derma Darah anjuran Pergerakan Pemuda Barisan Nasional di Hospital Daerah Tenom dimana majlis tersebut dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Azman Haji Roslan.


Selain itu menurut Jamawi golongan belia juga perlu diterapkan nilai-nilai murni yang sentiasa peka terhadap persekitaranya ini termasuklah memiliki sikap prihatin dan sentiasa bersedia membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Penumpuan terhadap nilai-nilai kemanusiaan ini akan membantu belia kita dalam menghadapi gejala pelbagai cabaran termasuklah cabaran sosial dalam masyarakat kita hari ini yang tidak peka dan prihatinan terhadap pelbagai peristiwa yang berlalu di sekitar” katanya.

Malah menurut beliau program tersebut merupakan antara pendidikan yang perlu dibudayakan terhadap golongan belia bagi menjadikan mereka golongan belia yang memiliki budaya murni dan suka membantu golongan yang memerlukan bantuan.

“ Selain kita menyediakan golongan belia yang berilmu pengetuhan,berkemahiran,memiliki jatidiri yang kukuh, nilai-nilai murni perlu diterapakan ke dalam jiwa golongan belia agar mereka mempunyai kesedaran terhadap peranan serta sumbangan mereka bukan sahaja kepada keluarga, masyarakat dan Negara” tambah Jamawi

Sumber : Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment