Thursday, February 26, 2009

Pemuda UMNO Tenom bawa usul pertahan Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Tenom bawa usul pertahan Utusan Malaysia

Oleh ZULHISHAM ISHAK

TENOM 7 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Tenom hari ini sebulat suara bersetuju membawa usul mempertahankan akhbar Utusan Malaysia daripada diboikot pihak tidak bertanggungjawab pada perhimpunan agung parti, Mac depan.

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata, usul itu dicapai sejajar dengan peranan berkesan Utusan Malaysia yang selama ini memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

"Akhbar ini banyak berjasa bukan sahaja kepada kaum Melayu tetapi juga semua kumpulan etnik bumiputera. Kami turut menganggap Utusan Malaysia sebagai suara kami.
"Utusan Malaysia dihargai bukan hanya kerana membela bumiputera tetapi juga berjuang mendaulatkan bahasa Melayu dan tulisan jawi selain membela nasib penduduk luar bandar dan isu besar yang lain," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Tenom selepas menewaskan Ahli Parlimen Tenom, Raimie Unggi pada persidangan bahagian itu, hari ini.

1 comment: