Monday, February 7, 2011

PKR Sabah berdepan malapetaka

KOTA KINABALU 6 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini berdepan malapetaka kerana parti itu kini ibarat kapal kehilangan nakhoda berikutan tindakan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, Pajudin Nordin menyertai UMNO semalam.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, malah tindakan Pajudin itu juga membuktikan PKR menghadapi jalan buntu untuk bertapak di negeri ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom berkata, pastinya tindakan nekad Pajudin yang baru dilantik sebagai pengerusi PKR negeri bulan lalu memberi petanda jelas terdapat sesuatu yang tidak kena dengan parti pembangkang itu.

"Melihat kepada perkembangan terbaru, PKR Sabah sudah boleh dilabelkan sebagai 'parti hancur' ekoran sikap Penasihat parti itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tamak haloba.

"Mereka sudah sedar perjuangan parti itu terpesong daripada matlamat asal, sekali gus memaksa mereka angkat kaki ekoran ketamakan Anwar yang hanya menjadikan mereka sebagai perkakas politik untuk menawan Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pajudin, 42, mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar khas yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Bekas pemimpin tertinggi PKR negeri itu menyatakan, perjuangan parti tersebut tidak lagi relevan dan tidak lebih daripada menabur janji kosong kepada rakyat, selain sekadar memperjuangkan agenda peribadi Anwar.

Mengulas lanjut, Jamawi berkata, rakyat di negeri ini mula sedar PKR kini bergerak semata-mata memperjuangkan nasib Anwar, bukannya kerana nasib rakyat seperti yang dilaungkan sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau percaya selepas ini akan ada ramai lagi pemimpin PKR negeri ini yang akan mengikut jejak Pajudin.

Menurutnya, jika dalam sebuah pentadbiran negeri pun sudah menampakkan kekalutan, ia sebenarnya menggambarkan satu keadaan huru hara atau kacau bilau apabila PKR mentadbir negara.

Berdasarkan semua kekalutan dalam PKR selama ini, Jamawi berharap orang ramai khususnya ahli-ahli PKR di negeri ini menjadikannya iktibar supaya tidak terus ditipu.

"Saya berharap orang ramai mula sedar bahawa perjuangan PKR sia-sia, belum terlambat rakyat khususnya ahli-ahli PKR membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti serta kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).

"Kita singkirkan terus parti yang semakin karam di lautan impian ini daripada sanubari dan buatlah pilihan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, marilah kita bersatu di bawah kepimpinan kerajaan BN," katanya.

Sumber: utusansabah@utusan.com.my

2 comments:

  1. Pandangan salah tu KP. Pajudin bukan ketua perhubungan negeri. Cuma dia sendiri ja yang mengumumkan dirinya ketua. Kalau di kampung-kampung saya lihat BN akan mengalami kesukaran pada masa akan datang. Ini kerana pemimpin yang ada hari ini tidak efektif. Perbezaan harga getah Sabah dan Semenanjung mengecewakan orang-orang kampung yg bergantung kepada hasil getah. Tapi lihatlah ketiga-tiga YB Tenom, semuanya mendiamkan diri pasal perbezaan ini. Bukan m,ereka tidak tahu kebergantungan rakyat kepada hasil getah ini.

    ReplyDelete
  2. keberadaan pembangkang yg kuat lagi bertambah bagus dalam kerangka memperbaiki BN atau kerajaan yang ada.Mengapa?Agar wakil2 rakyat BN bekerja kuat berkhidmat kepada rakyat kerana kalau tidak tentu takut tidak dipilih akan datang.Dan kalau kuat yang untung rakyat.Jadi jangan pandang serong kepada kekuatan pembangkang.Kekuatan pembangkanglah yang menyebabkan YB2 tidak panas tempat duduk, tidak kenyang makan, tidak lena tidor.Kalau pembangkang lemah, longgar, menyepi menyebabkan YB2 ni pun ikut goyang kaki, asyik fikir periuk nasi dan kroni saja.Rakyat yang faqir miskin, miskin,anak-anak yatim, ibu2 tunggal, peniaga2 dipinggirkan, ibubapa tidak dipedulikan, dan sebagainya akan terus hidup dihimpit kekurangan, kemiskinan, terbiar.Betul tak YB-YB.

    ReplyDelete