Wednesday, February 16, 2011

PENAMPILAN ALEX RAJA LAWAK DALAM DRAMA BERSIRI" KOPI O "

KOTA KINABALU: Sebuah Syarikat perfilemen tempatan Pentas Wayang Production Sdn Bhd akan menerbitkan sebuah drama bersiri dalam bentuk sitcom berjudul “ Kopi O”

Majlis pelancaran pengembaraannya dijangka akan disempurnakan oleh Speker Dewan Undangan Negeri yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Seri Salleh Tun Said di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu Hari ini (rabu)

Penerbit Eksekutif drama bersiri ini Jamawi Jaafar (gambar) berkata ,pengembaraan drama ini akan dijalankan di daerah Tenom sebagai lokasi utama pengembaraan selain melibatkan pengembaraan di beberapa lokasi luar antara di sekitar Kota Kinabalu.

Katanya drama “Kopi O”yang lebih sinonim dengan Kopi Tenom berunsurkan komedi disamping disalitkan dengan beberapa babak lain yang lebih bersifat kasih sayang, nilai kemanusiaan serta isu-isu semasa yang menjuruskan kepada usaha memperkasakan Gagasan 1 Malaysia

“ Sebab itu dalam pemilihan pelakon untuk drama ini kita mempelbagaikan watak watak dalam drama ini yang terdiri dari pelbagai kaum yang ada di Negara ini” katanya ketika ditemui di sini kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Exco Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim ke 4 Alex merupakan pelakon utama drama bersiri ini disamping turut dibantu oleh Danny X Faxtor, Fazurina, Candy peserta Af musim ke 4, Wawa disamping beberapa lagi pelakon tambahan tempatan yang lain dimana drama ini akan diarah oleh seorang pengarah yang tidak asing lagi di negera ini T.S. Jeffry yang dibantu oleh Abdul Karim Ghulam sebagai penolong pengarah.

Tambah Jamawi melalui penerbitan drama bersiri “ Kopi “O” ini juga diharapkan akan dapat membantu memperkembangkan industri perfileman di Sabah disamping dapat memberikan peluang kepada anak-anak Sabah mengembangkan bakat mereka dalam bidang seni kreatif khususnya seni lakon.

“ Kita juga memilih Sabah sebagai lokasi utama bagi latar belakang pengembaraan drama bersiri ini, kerana kita mempunyai tempat tempat menarik yang sesuai dijadikan latar cerita disamping menonjolkan adat serta budaya masyarakat Sabah yang menjadi ikon kepada pembinaan Gagasan 1 Malaysia” tambah Jamawi

Sumber : Jaafar Abd Wahid.

1 comment: