Thursday, January 6, 2011

PENGGUNAAN E-KASIH TIDAK PRAKTIKAL


TENOM: Kementerian Pelajaran digesa agar mengekalkan sistem pengunaan data Sistem Maklumat Murid (SSM) yang dipratikkan sebelum ini dalam memilih pelajar yang layak untuk mendapatkan bantuan dibawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RTMS) di negeri ini.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar (gambar) berkata sistem itu lebih sesuai bagi memestikan tidak berlaku keciciran terhadap pelajar yang layak menerima bantuan terutamanya di sekolah luar bandar di negeri ini yang ibubapanya berpendapatan rendah yang sememangnya layak menerima bantuan.

Menurut Jamawi beliau difahamkan Kementerian Pelajaran baru-baru ini mengeluarkan arahan kepada semua Guru besar agar menggunakan senarai e-kasih dalam menentukan pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan (RTMS) ini.

“ Jika sistem e-kasih kita gunakan pakai dalam pemilihan tersebut sudah tentu menjejaskan bantuan yang telah disediakan sebelum ini dimana ianya perlu melakukan pemilihan semula yang sudah pestinya memakan masa, sedangkan musim persekolahan sudah bermula dan sebelum ini melalui sistem yang digunakan pakai iaitu (SSM) tidak menimbulkan sebarang masalah kepada guru dan pelajar yang layak menerima bantuan ini” katanya ketika di hubungi di sini dan diminta mengulas isu ini.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata demikian ketika diminta mengulas isu penggunaan e-kasih dari sistem (SMM) yang digunakan pakai sebelum ini dalam menentukan pemilihan pelajar yang layak menerima (RTMS) dimana ianya mendapat bantahan dan perasaan kurang puas hati dari ibubapa pelajar yang mereka anggap tidak pratikal dan adil kepada pelajar lain yang layak menerima bantuan ini.

“ Sistem e-kasih ini tidak begitu pritikal digunakan di Sabah dimana kita memahami keadaan keluarga pelajar di luar bandar terutamanya di pedalaman dimana dengan menggunakan sistem ini hanya antara 5-10 orang sahaja pelajar yang layak menerima bantuan sedangkan ianya lebih dari angka tersebut yang layak menerima bantuan (RTMS) ini” katanya

Menurut Jamawi hampir semua sekolah khususnya di Tenom tdak dapat memulakan bantuan (RTMS) ini disebabkan pelajar yang layak mengikut sistem e-kasih terlalu sedikit jumlah yang layak menerima sedangkan masih ramai pelajar yang sewajarnya layak menerima jika menggunakan sistem (SMM) yang diamalkan sebelum ini.

“ JIKa bilangan penerima melalui sistem e-kasih ini terlalu sedikit , sudah tentu tidak ada pembekal yang berminat untuk membekalkan (RTMS) kepada beberapa buah sekolah jauh di pedalaman yang mana harga yang ditawarkan hanya RM2.05 kepada seorang pelajar sudah tentu bagi mereka tidak menguntungkan dengan kos pengangkutan yang agak tinggi menghantar bekalan makanan” katanya

Menurut Jamawi lagi daripada 180 pelajar yang layak menerima (RTMS) di beberapa buah sekolah di daerah Tenom pada tahun lalu kini melalui sistem e-kasih hanya 9 pelajar sahaja yang layak menerimanya satu angka yang tidak lojik difikirkan berbanding dengan taraf kehidupan masyarakat luar bandar di daerah ini khususnya pelajar yang sebenaranya masih mengharapkan bantuan termasuklah skim (RTMS) ini

“ Perkara ini telah menjadi isu kepada ibubapa disamping memaksa pihak sekolah memberikan penjelasan berulang kali kepada ibu bapa mengenai isu ini” jelas Jamawi

Sehubungan dengan itu Jamawi meminta agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula penggunaan e-kasih dalam pemilihan pelajar yang layak menerima (RTMS) ini dimana menurut beliau sistem (SMM) yang diguna pakai sebelum ini tidak menimbulkan sebarang masalah

“ Bayangkan ada pelajar di kawasan pedalaman seperti di Sekolah Kebangsan Gumisi dimana pelajarnya terpaksa berjalan kaki lebih sejam untuk sekolah sudah tentu merasa kelaparan dimana pada awal musim persekolahan ini tidak lagi menerima bantuan (RTMS) “katanya

No comments:

Post a Comment