Thursday, June 24, 2010

Persidangan Pemuda Umno Tenom Pada 26 Jun 2010.


TENOM: Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom tahun ini, yang diadakan pada 26 Jun ( hari sabtu) bertempat di Hotel Perkasa Tenom mencatat sejarahnya tersendiri apabila ianya menjadi satu majlis dua dalam satu.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, program ini diketogarikan program dua dalam satu dimana pada sebelah paginya perwakilan dan juga pemerhati berpeluang menyertai seminar pembangunan belia yang dianjurkan bersama oleh pergerakan itu bersama Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Dan Tekun Nasional.

Menurut Jamawi tiga kertas kerja akan dibentangkan pada seminar tersebut masing-masing dari pegawai Jabatan belia, MARA dan Tekun Nasional dimana peserta yang mejoritinya perwakilan dan pemerhati akan mendapat maklumat berhubung dengan peranan serta peluang peluang yang boleh disertai oleh kaum belia melalui jabatan dan agensi kerajaan yang
terlibat dalam seminar ini.

“ Pada mesyuarat perwakilan kali ini perwakilan dan pemerhati bukan sahaja akan menunaikan tanggungjawab mereka kepada parti melalui persidangan tahunan namun mereka dengan sendirinya akan didedahkan dengan satu majlis ilmu melalui seminar ini” katanya ketika ditemui
selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir jawatan kuasa pelaksana di Pejabat Pergerakan Pemuda Umno dekat sini kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda Umno bahagian itu akan dimulakan pada jam 2.00 petang
ditempat yang sama dimana majlis perasmian sekali gus penutupan program Juara
Rakyat Belia dan Sukan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan sukan
yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim

Katanya seramai 260 orang perwakilan dan pemerhati dari 79 buah cawangan pergerakan Pemuda Umno bahagian itu akan menghadiri mesyuarat perwakilan kali ini.

Disamping itu Jawami menambah sempena dengan majlis tersebut,Razali juga akan turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenangang dalam pelbagai program dan
juga pertandingan sukan yang diadakan sempana program Juara Rakyat Belia dan Sukan
yang telah diadakan sebelum ini.

Di majlis yang sama juga Jawami berkata, pergerakan tersebut akan melancarkan program anak angkat kecermalangan pelajar bagi kawasan Tenom dimana pihak pergerakan pemuda Umno akan turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang pelajar yang kurang berkemampuan melalui bantuan untuk membeli buku-buku tambahan dan rujukan bagi pelajar pelajar yang terpilih yang bakal menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM.

“ Ini merupakan sebahagian dari peranan serta tanggungjawab pergerakan pemuda Umno Tenom, untuk memperkasakan lagi tahap kecermalangan mutu pendidikan khususnya di kawasan ini” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, MARA dan Tekun Nasional yang sama-sama menjayakan Seminar Pembangunan Belia yang turut memberikan manafaat kepada anggota pergerakan pemuda yang menghadiri mesyuarat perwakilan tahun ini.

Sumber: Jaafar Abd Wahid.