Friday, March 27, 2009

BARISAN KEPIMPINAN PEMUDA UMNO 2008-2011

BARISAN KEPIMPINAN BARU PEMUDA UMNO TAHUN 2008/2011

PENGERUSI TETAP : Datuk Abdul Fattah Abdullah .....( 460 undi )

TIM. PENG. TETAP : Muhammad Yadzan Mohammad ..(202 undi)

KETUA : Khairy Jamaluddin Abu Bakar............... (304 undi)

NAIB KETUA : Datuk Razali Ibrahim.................... (417 undi)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1. Mohamed Suffian Awang........................ (653 undi)

2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin........ (569 undi)
3. Sohaimi Shahadan....................................(541 undi)
4. Mohamad Gasing Saling........................ .(534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff................................ (503 undi)
6. Jamawi Jaafar......................................... (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak............ (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin. (455 undi)
9. Ahmad Darus.......................................... (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid............................... (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh.................................... (437 undi)
12. Megat Zulkarnain................................ (436 undi)
13. Zuber Zabidi......................................... (419 undi)
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin...............(419 undi)
15. Lokman Noor Adam............................ (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin......................(404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz ........................ (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh ................ (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya................... (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli.....................(387 undi)

Wednesday, March 25, 2009

TERIMA KASIH!

DENGAN RASA RENDAH DIRI, SAYA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KEPERCAYAAN PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO YANG MEMILIH SAYA SEBAGAI EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.

SAYA BERHARAP AKAN DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SELAKU EXCO PEMUDA UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMNO. DENGAN PENUH TAWADHUK SAYA MENERIMA AMANAH INI DEMI PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

SAYA JUGA BERHARAP AKAN DAPAT MENYAMPAIKAN SUARA NURANI PEMUDA, KHUSUSNYA SUARA PEMUDA PEDALAMAN, DI PERINGKAT PEMUDA UMNO MALAYSIA.

DIUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PERWAKILAN, PENYOKONG, PEMUDA TENOM DAN SELURUH KELUARGA, ATAS SOKONGAN INI.

*****************

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SDR. KHAIRY JAMALUDIN SELAKU KETUA PEMUDA DAN SDR. RAZALI IBRAHIM, NAIB KETUA PEMUDA DI ATAS KEMENANGAN!

SELAKU EXCO, SAYA AKAN MEMBERIKAN KERJASAMA DAN KOMITMEN JITU BERJUANG BERSAMA PEMUDA UMNO!

Tuesday, March 17, 2009

Bantuan bina, baik pulih rumah naik

TUARAN 30 Nov. - Kadar bantuan bagi membina rumah rakyat termiskin di seluruh negara dinaikkan sehingga RM33,000 seunit di Semenanjung dan RM40,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri pada 1 Oktober lalu itu, turut meluluskan kadar baru bantuan baik pulih rumah sehingga RM11,000 di Semenanjung dan sehingga RM12,000 di Sabah dan Sarawak.

"Kadar baru itu akan memberi peluang kepada keluarga miskin tegar yang belum memiliki rumah, ibu atau bapa tunggal yang ramai tanggungan serta mangsa bencana dari kalangan keluarga miskin tegar mendapat rumah baru yang lebih baik termasuk menggantikan rumah kayu usang dengan rumah batu dan rumah separuh batu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kampung Mengkabung di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor; Setiausaha Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Abdullah Embong; Pengarah Kemas Sabah, Kadri Ahmad dan Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar.

Sunday, March 8, 2009

Terima Kasih Ustaz Said !

Media Baru Yang Terabai !

Salam, Seorang blogger, Minda Budiman menulis statistik bkaitan pgunaan media baru spt blog, sbg medan interaksi di kalangan calon yg b'tanding dlm Pemilihan Umno Mac ini.Dinukilkan catatan dan statistik tsebut sbg renungan :

1. Saya membantu semua rakan-rakan yang bertanding dengan menyediakan link dan fakta-fakta tentang pemilihan.

2. Calon kp & nkp, semua mereka mempunyai blog namun untuk calon exco maklum balas sangat minima.

3. Mereka menyedari 1.8 juta, adalah pengundi baru yang menerima budaya blog, facebook sebahagian dari sarapan pagi dan makan malam. Sekiranya mereka sendiri tidak bersedia dengan budaya baru bermakna lingkungan permainan pengaruh hanyalah di wilayah UMNO sahaja.

4. Berikut adalah mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mengikut jawatan:-

Mempertahankan jawatan -5%
Ketua Pemuda -41%
Naib ketua pemuda - 10%
G2 - 6%
Selain di atas - 38%

Drpd catatan, dapatlah kita katakan bahawa di kalangan calon yg btanding, tentunya di kalangan pimpinan pelapis pemuda, media baru ini masih belum digunakan sepenuhnya.

Ironinya, 'kuasa' media baru ini diakui sbg salah satu penyumbang Tsunami Mac tahun lalu.
*********

Kebetulan seorang kawan, Jamawi Jaafar Ketua Pemuda Umno Tenom, mpromosi blognya Suara Tenom.

Katanya, blog beliau dibina utk memudahkan interaksi sambil mdedahkan pemuda pedalaman khususnya di Tenom, dgn dunia blog.

Sdr Jamawi menawarkan diri btanding Exco Pemuda Umno Malaysia - dgn nombor calon 28. Didoakan beliau b'upaya menambat hati para perwakilan nanti.

Secara peribadi, diharapkan Sdr Jamawi mampu menang - sbg wakil suara pemuda pedalaman, utk didengar di KL sana. Diharapkan apabila Sdr Jamawi menang nanti, pemuda pedalaman, khususnya di Sabah akan diambil perhatian.

Wednesday, March 4, 2009

BERKHIDMAT KEPADA PARTI

Salam,

Atas rasa terpanggil untuk berkhidmat kpd parti di peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Pemuda Umno, selepas berbincang dengan pimpinan parti dan rakan-rakan seperjuangan, maka saya menawarkan diri bertanding Exco Pemuda Malaysia.

Saya mempertaruhkan pengalaman berkhidmat kpd parti sbg Ketua Umno Cawangan dan Setiausaha Umno Bahagian Tenom selama 3 penggal lalu, dan kini sebagai Ketua Pemuda Tenom, sebagai sandaran untuk dinilai para perwakilan.

Harapan saya, apabila diberi peluang nanti, saya akan mampu menjadi suara pemuda Di Bawah Bayu, khususnya pemuda pedalaman, untuk disampaikan ke peringkat pimpinan Pemuda Pusat.

NO 28 - SUARA PEMUDA PEDALAMAN !

Tuesday, March 3, 2009

Bertanding Exco Pemuda Umno Malaysia

Pemuda Umno Sabah hantar empat calon tanding Exco Pemuda Umno Pusat 20th February, 2009

KOTA KINABALU: Pergerakan Pe-muda Umno Sabah memutuskan akan menghantar empat calon dalam pertandingan Exco Pemuda Umno Pusat.

Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda Kalabakan, Gasing Haji Saling, Mantan Ketua Pemuda Umno Semporna, Nixon Haji Abd Habi, Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Baharul Razha Haji Chuprat dan Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Haji Jafar.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Japlin Akim, berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa program bagi memperkenalkan calon yang bertanding kepada perwakilan pada 28 Februari ini.

“Kita akan membawa mereka untuk mendekati pemimpin akar umbi dan perwakilan di setiap bahagian,” katanya.

Berkata dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, di Bangunan Umno di sini,
Japlin berkata dalam mesyuarat berkenaan pihaknya turut membincangkan tentang persediaan Pemuda Umno Negeri ke Perhimpunan Agung Umno Pusat di Kuala Lumpur pada Mac depan.

“Dalam persidangan itu nanti, kita juga telah memutuskan Exco Pemuda Hasnol Ayub sebagai wakil Pemuda Umno untuk berucap dalam perhimpunan itu nanti.

“Kita juga turut membincangkan persiapan yang lebih rapi sekiranya Majlis Tertinggi memutuskan pilihan raya akan diadakan di Pensiangan,” katanya yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur